Sabtu, 7 Mac 2020

PARTI POLITIK SABAH TERUS BERTAMBAH
Oleh. Jasly Dollah
Sabah.  Saban hari parti politik kian bertambah dengan pelbagai penyatuan parti parti kecil dengan parti parti baru termasuklah yang baru mau didaftarkan entah berapa puluh parti sudah jumlahnya yang sudah pegang sijil kelulusan dan puluhan lagi yang baru didaftar dengan menunggu kelulusan, apa yang menarik parti parti yang telah menerima sijil pendaftaran dan sedang menunggu kelulusan adalah terdiri dari kaum Kadazan, Dusun, Samah, Murut, Rungus, Tatanah, Brunei rata rata kaum orang bumiputera dan orang asal dilaporkan tidak pasti bagaimana mendapat sokongan dari rakyat jelata tanpa mampu memberi sebarang sumbangan bantuan golongan fakir miskin melainkan menunggu pilihan raya agar ada peluang menjadi calon pilihan raya sebagai harapan menang demi mendambakan jawatan sebagai YB kelak.
Parti parti kerdil Sabah ini juga masing masing melobi sokongan rakyat jelata dimana pemimpin mereka entah berapa kali sudah bertukar parti namun rakyat jelata mendakwa menghulur mesen rumput pada petani pun susah sepanjang menjadi pemimpin parti politik lama, ini menimbulkan keraguan rakyat orangbasal Sabah berhubung cita cita pihak yang rancak mempromosikan parti parti baru mereka sejak kebelakangan ini berbanding parti lama yang bertahan dengan kemantapan tidak berbelah bahagi jelas beberapa orang asal Sabah yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan