Oleh. Jasly Dollah
PEMACU POLITIK BAGAI CENDAWAN
Sabah. Pemacu politik umpama cendawan tumbuh selepas hujan dimana masing masing memasang niat mahu bertanding dalam pilihan raya ke 15 akan datang cukup dengan seorang pencadang dan seorang penyokong tak kisah lah ada kah tidak jentera berkempen semasa waktu berkempen, malah ramai kumpulan ini tidak segan silu bercakap dikedai kedai kopi antara Sandakan Ranau Tuaran Sepanggar dan Kota Kinabalu tanpa mengenali 4 hingga 5 orang kru dan pengarang Media Terkini Malaysia santai memerhati gelagat mereka masing masing menjual tiket parti yang bakal mereka gunakan dengan penuh yakin mereka menang pada pru ke 15 kelak.
Beberapa kumpulan dipekan Ranau ketika didekati kru media terkini bagi memperkenalkan diri mereka pantas memotong kata nanti kami hubungi selepas ada persediaan parti kami jelas kumpulan terlibat sebelum berlalu pergi bagaikan ada sembunyi seribu kata, di Kota Kinabalu pula kumpulan yang mendakwa bersedia dengan parti politik yang masih dirashiakan nama kearah bertanding dalam pilihan raya ke 15 penuh yakin parti mereka pasti diundi rakyat berdaftar sebagai pemilih namun bergegas pergi ketika kru akbar memperkenalkan diri didepan mereka penuh tersipu tanpa menoleh lagi.
Ini lah senario segelintir pemimpin baru parti politik di Sabah suka meramal parti mereka diundi rakyat walaupun belum menemui rakyat namun igauan setinggi langit bakal mendapat undi besar, sebaliknya nak dikerumuni lebih 10 rakyat jelata sekali duduk dikedai kopi sudah gelabah tambahan pula semua kumpulan terlibat belum pernah menceburi parti politik kuat sejak sekian lama dalam hidup mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan