Oleh. Williem Anak Lagau
Kota Kinabalu. Tamu tradisi dibentuk penuh adat istiadat dikalangan etnik Dusun, Samah, Cina dan Binadan warga asli Sabah menggunakan khidmat Bobolian dengan mengorbankan Kerbau Besar, selain dari itu Batu Tamu Tradisi dilaporkan menggunakan sumpah masa ditanam sambil dibasahi darah Kerbau yang disembelih dengan khidmat menggunakan KOMBURONGOH BELAMAI dan sampai hari ini Batu Sumpah Tamu tradisi tidak boleh ditukar walau apa cara sekalipun.
Batu Sumpah Tamu Tradisi tidak boleh dimiliki oleh individu tertentu melainkan gabungan persatuan berdaftar dengan ROSE agar empat etnik asal terlibat terus menjaga batu sumpah berkenaan.
Kini ramai berminat mahu mengambil alih tamu tradisi berkenaan dikalangan kaum yang baru bermastautin dalam negeri ini tanpa mengetahui apa itu Kemburongoh bobolian batu sumpah serta matlamat batu sumpah tamu tradisi dieujudkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan