Berita Semasa
Oleh. Norafzah Dolah
Telipok. Kebakaran kedai dua ringgit mengejutkan warga Telipok hari ini berikutan puluhan orang merakam vedio menggunakan telipon muda alih tanpa menghiraukan masyarakat yang melintasi kawasan setempat, selain dari itu lagak merakam vedio pula mengalahkan jurugambar media massa dan media eletronik bagaikan mereka memiliki siaran persendirian walaupun ramai memerhatikan gelagat mereka namun tidak menghentikan gelagat juru vedio perseorangan.
Dalam kebakaran tersebut dua Lori Padam Api Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan satu Van Jabatan Bomba Dan Penyalamat disamping Pegawai dan kakitangan SESB serta sebuah Kereta Peronda Polis DiRaja Malaysia turut berada ditempat kejadian.
Menurut sumber tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dan kecekapan anggota Bomba juga mampu mengawal dari merebak kepada deretan
kedai berhampiran malah dalam kesesakan jalan pada waktu petang mampu mengejar
masa dengan cepat anggota Bomba sampai ketempat kejadian.
Setakat berita ini dilaporkan kakitangan Bomba masih meneruskan pemadaman api dalam kedai dua ringgit berkenaan walaupun api mula beransur mengecil dan beberapa letupan kecil kedengaran dalam kedai dua ringgit semasa anggota bomba sedang melakukan pemadaman api dikedai terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan