Khamis, 8 Ogos 2019

Oleh. Williem Anak Lagau
LOMPAT PARTI SINONIM SABAH
Sabah. Setiap kali bertukar kerajaan diperingkat negeri pastinya orang orang politik tewas diperingkat bawahan masing masing akan menukar haluan tanpa menghiraukan parti asal mereka, ini jelas menjadi trend ikutan masyarakat yang digelar politik cari makan walaupun terpaksa melompat sehingga tiga empat parti politik disertai dalam masa lima tahun asalkan ada kemasukan golongan terlibat.
Pendedahan En. Kinmat Satjur bagi mendedahkan perkembangan politik Sabah sejak BN tumbang dalam pilihan raya ke 14 yang lepas, malah ada ahli ahli parti politik yang boleh bertukar parti enam bulan sekali demi cari peruntukan tanpa segan walaupun digelar KATAK oleh rakan rakan politik lama mereka.
Apapun pendedahan ini terserah pada seluruh rakyat menilai latarbelakang pemimpin yang boleh membela masa depan mereka penuh ketelusan dan kejujuran tanpa membelakangkan warga mereka tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan