Ahad, 18 Mei 2025

SOROTAN SEMINGGU

Oleh. Koijul Hairol 

Telipok Darat. Pokok Tualang yang dilapor ratusan tahun usianya kini hanya tinggal menunggu tumbang kebumi, sejarahnya yang mampu bertukar tukar warna pada pokok setiap kali diambil rakaman gambar sepanjang hidup nya sekadar tinggal sejarah masa kini. 

       Beberapa jurugambar dahulu yang pernah merakam Gambar Pokok Tualang mempunyai cerita berbeza beza berhubung warna pokok tersebut, ada juga cerita jurugambar mengalami kerosakan kemera buat kali pertama merakam gambar pokok tersebut selain bertukar tukar warna pada pokoknya dalam cubaan rakaman berikutnya.

       Pokok Tualang tersebut terletak dijalan menuju SK. Kebayau Telipok masih berdiri teguh walaupun ianya sudah mati tidak berdaun lagi, sejarah pokok  tersebut juga sentiasa dipenuhi MADU TUALANG SETIAP DAHAN NYA SEMASA HIDUP manakala dini hari ianya lesu tanpa madu Tualang serta kehilangan dedaun yang rimbun.

       Sebaik sahaja pokok Tualang Madu tersebut tumbang pastinya segala sejarah yang dialami setiap jurugambar berlesen melawat pokok tersebut akan hilang, jurugambar yang pernah merakam gambar pokok tersebut semasa hidup kira beruntung menyimpan sejarah nya yang penuh misteri buat tatapan mereka sepanjang zaman.


 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

POKOK BAMBU TUMBUH DIPEKAN? 

Telipok. Majoriti warga yang melawat kedai pekan Telipok pastinya terpegun melihat pokok BAMBU bagai ditanam tepi Pasar Pekan tersebut.

      Kewujudan Dua pokok BAMBU tepi pasar pekan Telipok mengundang tanda tanya semua warga mengapa ianya berlaku, namun beberapa warga yang ditemui menjelaskan ianya sebagai peringatan para pemandu kenderaan agar menghindari kawasan tersebut.

        Bambu yang dipacak umpama ditanam rupanya peringatan bahawa LUBANG BESAR yang hilang penutupnya boleh mengundang bahaya kepada pemandu dan orang ramai, dalam langkah memperingatkan orang awam entah siapa pula warga prihatin membawa BAMBU untuk dipacak dalam LUBANG berkenaan demi penglihatan semua orang.

        Sehingga berita ini ditulis BAMBU tersebut masih lagi berdiri dikawasan Lubang Besar berkenaan, adalah menjadi harapan semua warga Telipok agar pihak berkuasa tempatan pantas menutup rapi  Lubang Besar terlibat demi keselamatan orang ramai.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan