Sabah. Percaturan politik menjelang pilihan raya negeri tahun ini cukup panas antara BN PH dengan gabungan GRS disamping PKDM, WARISAN serta beberapa parti kecil yang mencanangkan turut bertanding dalam PRN kelak.
Sebaliknya terlalu sukar membuat ramalan berikutan kurangnya gerak kerja mendampingi rakyat secara bersemuka walaupun sudah hampir pilihan raya negeri menjelang, rakyat jelata masih tercari cari dimana golongan pemimpin parti politik setiap parti yang masih kurang jelas kemana gerak kerja mereka sampai masa kini masih sepi.
Beberapa rakyat jelata yang ditemui dalam Sabah mendedahkan hanya sebilangan kecil dari pemimpin BN UMNO dan PAS nampak bersemuka dengan orang ramai, sebilangan pemimpin parti lain lebih menemui golongan kelompok ahli parti mereka sahaja tanpa menghirau rakyat jelata yang belum menyertai mana mana parti jelas mereka.
Ada juga parti politik dalam Sabah mencanang mahu menyertai pilihan raya negeri akan datang namun belum memperlihatkan kerja menemui rakyat jelata, ini terus menjadi persoalan rakyat pengundi bagaimana hendak diundi sedangkan bakal calon sekalipun tidak jelas gerak kerja berjumpa rakyat jelata tegas mereka.
Terdapat pemimpin politik Sabahan yang cuba dihubungi Media Malaysia namun gagal tidak berjawab sampai mesej juga tidak berjawab, ini lah percaturan politik Sabahan dengan Semananjung Malaysia banyak memilih kroni sahaja untuk didampingi walau rakyat Sabah berbeza aliran politik masing masing.
Sehingga berita ini ditulis pengundi Sabah mendakwa masih memerhati pemimpin parti politik yang benar benar prihatin tanpa memilih rakyat jelata ditemui, sementara pemimpin parti politik yang masih membisu tanpa bergerak menemui rakyat jelata sehingga masa kini akan ditentukan rakyat jelata dipusat pengundian kelak ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan