Sabtu, 31 Mei 2025

BERWASPADA PRODUK AYAM GORENG

Oleh. Helary Sukiono 

Jakarta. Majoriti umat Islam dalam negara ini merasa lega sebaik Ayam Widuran Solo telah dilebalkan semula sebagai Tidak Halal. 

     Ianya berlaku sebaik sahaja Keemasan Ayam atau Keropok Ayam dimasak menggunakan Minta Babi tanpa disedari semua umat Islam tempatan.

      Umat Islam serantau terkejut dengan perbuatan syarikat yang mula beroperasi  sejak 1973 lagi namun tergamak melakukan perbuatan seumpama sejak beberapa tahun yang lalu jelas mereka.

       Warga Islam seluruh nusantara perlu berwaspada dengan syarikat syarikat besar dalam industri permakanan agar tidak diperdaya dengan masakan menggunakan minyak babi tegas penduduk tempatan. 

       Sehingga berita ini ditulis ramai umat Islam seluruh negara masih tidak berpuas hati dengan perbuatan memasak Kremesan Ayam menggunakan minyak babi oleh syarikat terbesar, mujur lah pemerintah menggesa pengurusan syarikat tersebut  melebalkan semula produk mereka sebagai tidak halal bagi umat Islam agar pelanggan beragama Islam tidak lagi membelinya.

      Apapun kewaspadaan seluruh umat Islam dalam pembelian makanan perlu dipertingkatkan demi menjaga akidah dan syariat Islam terpelihara sepanjang masa.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan