Kota Kinabalu. Kebanyakan penduduk dinegeri ini tidak kisah lagi melihat peminta sedekah berkeliaran dalam bandar mahupun pekan setiap hari.
Para pengemis bukan sahaja duduk mengemis malah ada juga yang bergerak berjalan meminta sedekah dengan orang dikedai makan dan kedai kopi.
Aneh nya peminta sedekah dilaporkan tidak mengetahui bahasa Melayu namun punya kebebasan bergerak meminta sedekah setiap hari dimerata bandar dan pekan dalam negeri ini.
Mungkin kah sebilangan orang Sabah sudah biasa dengan pengemis ini sehingga asal datang dihulur sahaja kepingan ringgit terhadap golongan tersebut.
Kebanyakan warga kota juga mengaku sentiasa melihat golongan pengemis berkenaan setiap hari bersama sama anak kecil, namun golongan terlibat dipercayai dipantau golongan beberapa lelaki dari jauh jika ada orang ramai mengganggu pasti pemerhati akan muncul dalam sekelip mata.
Sampai bila pengemis Sabah boleh dihentikan ianya bergantung kepada bidang kuasa pemerintah negeri bagi melakukan pemantauan setiap hari dipelusuk negeri ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan