Isnin, 4 Mac 2024

MENGAPA KANAK KANAK KECIL INI DIKERAH TEPI LIRONG

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu. Gerombolan kanak kanak kecil dijadikan peniaga jalanan seluruh bandar,  dan pekan meningkat tinggi sejak beberapa minggu yang lepas, kes tersebut memenuhi lorong lorong kaki lima bangunan kedai  tanpa memikirkan risiko golongan terlibat. 

Gerombolan kanak kanak bawah umur sebagai peniaga jalanan sangat menyedihkan, malah mereka dilihat dalam mata kasar sebagai warga Malaysia yang diarah berbuat sedemikian, tidak mungkin golongan orang Sabah gagal melihat kanak kanak yang seharusnya menumpukan pendidikan.

Ini lah kehidupan kanak kanak warga di Kota Kinabalu masa kini walaupun kurang diperhatikan para pemimpin dan warga dalam negeri ini, namun terbayang diraut wajah kanak kanak ini seribu sengsara setiap hari berpindah randah tempat duduk mereka berjualan keropok didalam bakul.

Sehingga berita ini ditulis belum ada pemantauan pihak berkuasa dilaporkan dimana kanak kanak terlibat terus bergerak aktif menjalankan urusniaga yang mereka lakukan dipercayai memiliki sang penjaga.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan