Oleh. Gifkir Aming /Basron Kirwan
Sabah. Ramai rakyat keciwa dengan parti politik yang banyak bercakap tapi tak pernah mendengar derita dan susah rakyat diluar bandar masa kini namun berhasrat mahu meraih sokongan pengundi Sabah dalam PRN akan datang.
Kebanyakan rakyat Sabah berdaftar pemilih mengharapkan orang parti politik mampu menghulur derma sumbangan seadanya demi meringankan bebanan hidup mereka, namun ramai pula orang politik tidak mahu mendengar rintihan kesusahan rakyat melainkan meminta disokong undi pada setiap kali pilihan raya keluh rakyat jelata Sabah.
Ramai warga Sabah berlumba lumba terjun dalam parti politik namun hanya sebilangan kecil membantu rakyat berpendapatan rendah, namun sampai pilihan raya berduyun duyun berjalan menemui rakyat minta diundi tanpa mengambil kira kesombongan mereka masa rakyat susah.
Dalam rangka lawatan Media Terkini Harian Malaysia ke Sabah hari ini ramai orang politik bahagian bagaikan berjawatan MENTERI sampai sukar disapa, namun tiba masa pilihan raya akan datang warga miskin Sabah bagi kata dua pada mereka usah tagih undi rakyat lagi memandangkan 5 tahun anda tak pernah tolong orang miskin komen rakyat jelata.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan