Khamis, 4 Januari 2024

PADREI KEMBALI FITRAH ISLAM

"Siapapun Tidak Mampu Meramal Sepantas Kilat Pemimpin Agama Kristian Menjadi Penganut Agama Islam Antara Topik
Hangat Dunia Hari Ini" 

Oleh. Huzera Ben

New York. Dunia digemparkan oleh pengakuan Bekas Padri  Helarion Heasy dengan pelbagai pengetahuan didalam agamanya dahulu kini sebagai penganut Agama Islam dengan nama Said Abdul Latif.

Beliau (kedua dua gambar) kelahiran California  dan membesar disana  sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat mengakui terlalu banyak pengetahuan didalam keagamaan Kristian termasuk pemahaman ORTORDOK KRISTIAN. 

Said Abdul Latif mengakui sinar Islam menyuluh hidupnya sehingga beliau kembali memeluk agama Islam agar lebih banyak masyarakat kembali kedalam Islam sebagai pilihan utama berhijrah kepada Agama Allah swt.

Media Terkini dimaklumkan bekas Padri Helarion Heasy yang kini menggunakan nama Islamnya Said Abdul Latif cukup terkenal dikalangan PADRI KRISTIAN seluruh Amerika Syarikat serta California namun kini beliau disanjung oleh umat Islam sedunia.

Semoga Said Abdul Latif mampu menarik lebih ramai masyarakat dunia yang berbilang agama kembali kedalam Islam secara berperingkat dari masa kesemasa agar sama sama memperkasa ajaran Islam sepanjang masa.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan