Ahad, 3 Disember 2023

PEJUANG KEHILANGAN PEMIMPIN PEJUANITA

Parti Pejuang Hilang Sayap Pemimpin Muda 

Oleh. Koijul Hairol

Kuala Lumpur. Gempar kepimpinan muda Parti Pejuang Malaysia ditinggalkan pemimpin nya  Dr. Nurul Ashikin Mabahwi  seorang  Ketua Pejuanita Muda merangkap Ahli Majilis Eksekutif Pusat (MEP) tanpa terperinci sebabnya. 

Kepimpinan wanita muda Parti Pejuang agak terperanjat dengan pengumuman beliau namun tidak menjelaskan kemana parti yang bakal beliau sertai pada masa akan datang.

Beliau yang pernah bertanding dalam pilihan raya ke 15 lalu atas tiket Pejuang dalam kerusi Parlimen Ampang ditentang 8 calon lain tewas dengan hilang wang pertaruhan.

Kerusi Parlimen Ampang yang turut ditandingi  oleh Rodziah Ismail (PH) Datuk Zuraida Kamarudin PBM IvoneLow Yi Wen BN, Sasha Lyna Abdul Latif (PN) Lai Wai Chong (WARISAN) Muhammad Shafiq Izwan  Mohd. Yunos BEBAS, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (PEJUANG) Tan Hua Meng BEBAS dan M. Raveendran BEBAS 

Pada PRU ke 15 lepas kerusi P 099 dimenangi oleh Rodziah  Ismail PH dengan jumlah undi 56,754  calon PN Sasha Lyna Abdul  Latif dengan undi 27,073 manakala Ivone Low Yi Wen BN hanya memperolehi 11,509 undi dimana dilaporkan yang lain hilang wang pertaruhan





Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan