Jumaat, 3 November 2023

PENIAGA AYAM DABIK DADA 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Kota Kinabalu. Sejak penarikan balik subsidi daging ayam beberapa hari lepas penjualan nya meningkat antara RM13.50 hingga RM20.00 sekilogram bagi Kota Kinabalu sehingga Inanam entah apa beza ayam yang mereka jual. 

Kenaikan harga ayam ini sangat membebankan rakyat Sabah yang bergaji atau berpendapatan kurang dari RM1300 sebulan terutama warga kampung dan pekerja kilang kilang yang berpendapatan rendah ujar orang ramai yang ditemui.

Dalam usaha meninjau penjualan  daging ayam ada juga perempuan yang menjual ayam ego bercakap dengan kru Media umpama mereka lah yang sangat berkuasa dalam penetapan harga ayam jualan mereka.

Sebilangan penjual ayam daging dilaporkan tidak seragam harga mereka bagi negeri Sabah sehingga sangat mengelirukan orang ramai membeli daging ayam yang  terlalu kecil bagi setiap pembungkusan  dimana juga penjualan ayam seumpama ungkap penduduk yang ditemui.

Kerajaan pusat dan negeri amnya wajar turun padang bagi meninjau isu bekalan ayam daging diseluruh Sabah agar tidak dilambungkan harga tersebut sesuka hati mereka setiap bulan lapor penduduk Sabah. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan