Khamis, 2 Mac 2023


PARTI BANYAK, PEMBANGUNAN 

TERABAI 

Oleh. Gifkir Aming 

Pertumbuhan parti politik dalam negeri Sabah terlalu banyak sejak lebih sepuluh tahun yang lalu namun pertumbuhan pembangunan diluar bandar banyak ketinggalan diluar bandar. 

Terlalu kerap isu pembangunan terabai diluar bandar terutama saliran perparitan jalan raya, malah ada rumah penduduk kampung yang gagal dibina jalan raya walaupun tidak sampai 1/2 kilometer dari jalan besar walaupun orang politik Sabah silih berganti melawat kawasan tersebut.

Bayangkan lah penduduk yang tinggal diluar bandar berjalan kaki angkut barang makan lebih kurang 600 meter naik dan turun bukit namun orang parti politik sering kali bertukar parti bagi mendapat jawatan sampai tidak ingat membina jalan raya yang mengundi mereka. 

Isu masa kini  adalah rakyat menggesa para pemimpin tertinggi kurangkan bertukar tukar parti politik sebaliknya tumpukan pembinaan jalan raya kerumah rumah rakyat diperkampungan tanah tinggi baharu lah wajar dihormati rakyat ujar penduduk kampung hari ini.

Menurut politik Sabah setiap lebih setahun para pemimpin parti politik akan bertukar kepada sesuatu parti baharu, namun jalan raya rakyat jelata yang mengundi mereka jarang sekali dilawati apa tak lagi dibina mahupun diperbaiki yang rosak teruk tegas mereka.

Rakyat mengingatkan kepada para pemimpin parti politik bahawa semua jalan raya yang dituntut orang kampung akan kekal dalam ingatan sehingga sampai Dewan Undangan Negeri Bubar bagi membalas jalan raya dipohon namun tiada juga kesampaian ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan