Jumaat, 3 Mac 2023

BILAKAH ISU PATI DAN ANAK JALANAN SELESAI

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Isu pendatang tanpa izin dan kanak kanak jalanan di Sabah tidak dipastikan bila akan berakhir berikutan terlalu ramai PATI mengaku tidak bernegara bersama anak anak mereka yang berkeliaran meminta wang dari penduduk negeri Sabah entah dari mana asal usul negara mereka sebelum ini soal penduduk Sabah yang dihubungi.

Berdasarkan kepada sejarah seluruh dunia belum ada seorangpun manusia yang tidak bernegara asal melainkan mereka melarikan diri dari negara asal mereka berpindah ketempat lain penuh peruntukan undang undang dan bukan sewenang wenangnya disebut tidak bernegara jelas aktivis masyarakat yang ditemui. 

Ada juga orang asli Sabah merasa pelik dakwaan manusia tidak bernegara sedangkan ada pertuturan bahasa sendiri entah dari mana manusia seumpama muncul tanpa negara sendiri dan bahasa dari mana pula mereka pergunakan sehingga kini terus digelar penduduk tidak bernegara.

Sehubungan dengan ini penduduk Sabah meminta satu kajian perlu dibuat menerusi perundangan mengapa wujud manusia tidak bernegara dimuka bumi ini, sesuatu yang pelik manusia berbahasa namun tidak bernegara bagai ada yang disembunyikan dimana bahasa jelas mirip warga dari negara jiran tapi terus disebut penduduk tidak bernegara.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan