KEMATIAN COVID 19 KEKAL HARI INI
Oleh. Helary Sukiono
Kuala Lumpur. Kes kematian pesakit Covid 19 kekal 105 orang hingga hari ini diseluruh negara, manakala bagi kes baharu direkodkan hari ini ialah 55 orang pesakit Covid 19 menjadikan jumlah keseluruhan ialah 6,353 orang. Daripada 55 kes baharu direkodkan 7 orang merupakan kes import manakala 48 penularan kalauster tempatan termasuklah 24 orang merupakan dikesan dari Perintah Kawalan Diperketatkan.
Seramai 28 orang pesakit Covid 19 sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) dimana 13 orang menggunakan alat bantuan pernafasan.
Hari ini juga merekodkan 71 pesakit Covid 19 sembuh dan dicaj dari hospital menjadikan jumlah kesembuhan sehingga kini berjumlah 4,484 orang.
Setakat ini seramai 1,764 pesakit Covid 19 telah diasingkan bagi mendapat rawatan dihospital diseluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan