Khamis, 7 Mei 2020

DUNIA BERGELUT COVID 19 ORANG POLITIK MASIH TAK PEKA?
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Rakyat terkilan dalam situasi dunia sudah kehilangan lebih 270,000 nyawa manusia akibat serangan Covid 19 disamping hampir 4 juta dijangkiti penyakit tersebut masih ada orang politik dalam negara saling jatuh menjatuh pemimpin kerajaan menerusi usul tidak percaya tanpa menunggu pilihan raya ke 15 akan datang, malah tidak perlu timbul kes seumpama jika benar menggunakan kuasa mutlak serah pada rakyat dalam situasi terkini benarkah rakyat Malaysia pada tahun 2020 ini majoriti menolak kerajaan Perikatan Nasional seperti suara suara sebilangan pemimpin parti politik dipihak pembangkang walaupun sudah 2 tahun berlalu pilihan raya ke 14 yang lepas namun tidak lepas main politiking.
Anehnya kemelut politiking tiada penghujung namun masaalah pembangunan dan peningkatan ekonomi rakyat tidak pernah orang politik bersuara bagaimana langkah memajukan rakyat?, sebagai contoh dalam isu harga getah tinggal kurang RM2.00 sekilogram di Sabah Sarawak mengapa orang politik pembangkang tidak suarakan isu ini termasuklah lelaki orang asli Malaysia khawin wanita pemegang pasport sah dibuang senarai nama bagi menerima BSH sedangkan masa Bantuan Rakyat 1 Malaysia mereka layak walhal wanita rakyat Malaysia kawin lelaki asing dilaporkan dapat bantuan sara hidup tiada orang politik suarakan.
Sejajar dengan situasi ini Afferli Kohilu warga Liwan Tambunan tampil bersuara memecah kebuntuan politik dimana Tan Sri Mohyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohammad mempersembahkan perletakan jawatan nya sebagai Perdana Menteri kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong jelas beliau.
Afferli Kohilu mengajak seluruh rakyat Malaysia memahami konsep sebenar percaturan politik dan bukan sekadar menjadi penonton gelanggang pidato politiking tanpa memberi ruang pada rakyat bersuara ujarnya.
Seandainya terdapat lagi sokongan rakyat pada sebilangan pemimpin politik yang lantang bersuara masa kini tunggu lah pada kuasa rakyat masa PRU ke 15 akan datang katanya.


SUARA RAKYAT INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI MEREKA DAN TIADA KAITAN DENGAN UNIT PENYIARAN MEDIA TERKINI. EDITOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan