YB BERUSAHA KERAJAAN PRIHATIN
Oleh. M. Latif
Kundasang. Penduduk Bundu Tuhan bersyukur dan berterima kasih
diatas sumbangan bantuan makanan semasa perintah kawalan pergerakan ini yang amat diperlukan oleh masyarakat berpendapatan rendah dan jauh dari pekan, selain dari itu warga Bundu Tuhan juga yakin sumbangan yang kerajaan bagi bantuan makanan merupakan usaha pemimpin kerajaan pusat melalui usaha Ahli Parlimen Ranau merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri YB. Jonathan Yasin disamping sayap kepimpinan Ahli Parlimen Ranau mahupun kepimpinan kerajaan negeri Sabah yang berusaha sama menghulur bantuan serupa.
Aktivis masyarakat Bundu Tuhan Donius Bulangou (gambar bawah) bangga dengan sumbangan Ahli Parlimen Ranau berbentuk sumbangan makanan orang kampung diluar bandar katanya.
Menurut Donius Bulangou sememangnya semua bantuan kerajaan sepanjang masa perintah kawalan pergerakan sangat sangat dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat bukan sahaja dikampung sendiri malah seluruh penduduk parlimen Ranau, dengan adanya bantuan makanan walaupun sedarhana namun cukup meringankan bebanan orang kampung yang banyak bergantung dengan kerja kerja kampung bagi menambah sumber pencarian mereka setiap masa demi kehidupan jangkamasa panjang ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan