Sabtu, 4 April 2020

Gambar Hiasan
 SUMBANGAN UMNO SEPANGGAR TERUS DIKENANG
Oleh. Wartawan Media Terkini
Telipok Darat. Masyarakat desa menyifatkan sumbangan berupa

makanan keperluan dapur bagi kumpulan keluarga yang terlibat dengan PKP kawasan Telipok Darat hasil ilham kepimpinan UMNO Bahagian Sepanggar yang diketuai Datuk Haji Yakub Khan merupakan satu rahmat dalam mengharungi kehidupan DUDUK RUMAH MASA KINI tanpa dapat melakukan sebarang kerja kampung bagi mencari sumber kewangan, selain dari itu walaupun UMNO Sepanggar bukan lagi sebagai parti memerintah negeri Sabah namun keupayaan kepimpinan mengenang pengorbanan rakyat mematuhi PKP membuktikan sebagai kepimpinan bersaudara tanpa sempadan dimana rakyat setempat berpisah tiada dengan pemimpin berkekalan mengingati masaalah mereka.
Demikian luahan beberapa penduduk Kg. Kebayau dan Tamalang semasa menerima sumbangan dari kepimpinan UMNO Sepanggar melalui seorang pegawai perhubungan dengan cara hantar kerumah rumah dekat sini, penduduk setempat juga tidak menduga Datuk Haji Yakub Khan dan kepimpinan UMNO Bahagian Sepanggar menghulur bantuan pada mereka dalam situasi bukan lagi menerajui kerajaan negeri Sabah ujar mereka.
Media Terkini dimaklumkan banyak rakyat dalam kawasan Parlimen Sepanggar menerima barang makan dalam masa perlaksanaan PKP ini tanpa mengira bangsa agama dan kefahaman politik jelas masyarakat setempat.
Datuk Haji Yakob Khan
Ketua UMNO Bahagian Sepanggar
Merangkap Timbalan Pengurusi UMNO
Sabah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan