Jumaat, 10 April 2020

DIMANA SIMPATI BARISAN HADAPAN ?
Oleh. Huzera Ben
Kuala Lumpur. Dalam ketidak patuhan perintah kawalan pergerakan pelbagai persoalan dalam setiap minda masyarakat yang sukar diramal namun ada juga yang lebih memahami derita barisan hadapan, dalam fasa kedua PKP ini bukan sahaja yang tidak mematuhi perintah PKP yang menarik perhatian ramai namun mereka yang diarah majikan bertugas sekalipun melibatkan penghantaran tidak ada tanda tanda mereka memiliki PPE sebagai perlindungan menemui para pelanggan mereka setiap hari yang sentiasa terdedah dengan jangkitan covid 19.
Pelbagai isu pendedahan mereka yang ingkar perintah kawalan pergerakan namun bagi pekerja yang menghantar perbekalan  tiap hari jelas dilihat bukan sahaja tidak memakai sarung tangan, penutup mulut dan hidung malah ada yang hanya berseluar pendek baju pula pendek tangan, ini membuktikan pekerja juga tidak peka dengan arahan pihak kerajaan apa tak lagi mereka bukan sahaja melawati semua permis kedai, perumahan, perhotelan malah ada yang sampai diperkampungan terpencil ketika memperolehi tempahan dari warga desa setiap hari.
Disuarakan oleh orang ramai duduk rumah berikutan ramai penghantar barang makan sampai kerumah mereka dengan pakaian yang tidak memiliki ciri ciri penggunaan PPE seperti sengaja dibiarkan pihak majikan jelas beberapa warga prihatin.
Sejajar dengan pendedahan ini mari sama sama mematuhi PKP demi memutuskan rangkaian Covid 19 agar petugas hospital dalam pemakaian kemas PPE ini mampu merehatkan diri bersama keluarga, selain dari itu semua anggota petugas keselamatan juga tidak terbeban dengan tugas menghalang masyarakat bergerak bebas dimerata tempat tanpa halatuju dimana mereka juga bukan sahaja terdedah dengan Covid 19 malah anda juga yang lighat berjalan bagai menempah sendiri penyakit tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan