COVID 19 ITALI MENGUJI KESABARAN PEMERINTAH
Oleh. Nicholas Ben
Rom. Kes Covid 19 yang melebihi 106.000 orang pesakit dengan mencecah lebih 12,428 orang kematian beberapa hari lepas benar benar menguji kerajaan negara ini walaupun memiliki pelbagai kelengkapan namun serangan penyakit tersebut pada rakyat cukup membimbangkan, pelbagai andaian masyarakat tempatan berhubung penularan penyakit tersebut dirantau ini namun kebanyakan berlaku penularan wabak dari pergerakan masyarakat yang bebas dan kelewatan menutup kehadiran pelancong dari luar negara sehingga wabak sudah merebak dinegara ini baru langkah kawalan baru diperketatkan.
Demikian pandangan beberapa aktivis masyarakat tempatan yang ditemui bagi menjelaskan mengapa wabak Covid 19 merebak sepantas kes tersebut dengan angka kematian lebih 12,428 orang yang tidak berdosa, penduduk tempatan juga mengingatkan seluruh dunia bahawa penyakit Covid 19 hanya boleh diputuskan dengan menjauhi semua orang yang disyaki mengidap penyakit tersebut namun tidak ramai masyarakat yang mematuhi peraturan yang ditetapkan ujar mereka.
Sehingga berita ini paparkan kes Covid 19 masih panas berlaku dalam Itali mahupun seluruh dunia namun jika
rakyat patuh berdiam dalam rumah pasti Covid 19 bakal terputus sebaran rangkaian penularan dalam masa yang sengkat tegas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan