Khamis, 9 April 2020

COVID 19 HARI INI
Menyingkap kes Covid 19 hari ini kematian ke 66 merupakan menghadiri himpunan di Sri Petaling manakala kes ke 67 adalah generasi ke 5 peserta himpunan persidangan keagamaan di Gereja Kuching Sarawak.
Kes keseluruhan Covid 19 hari ini ialah 4,228 manakala kes baharu 109, kes sedang dirawat berjumlah 2,553 dan kes yang sudah dicaj ialah 1,608.
Bagi rawatan di ICU berjumlah 72 orang manakala memerlukan bantuan pernafasan seramai 42 orang.
Berdasarkan fakta kes Covid 19 yang semakin meningkat kematian masa kini pelbagai pandangan masyarakat bagi mengekang penularan penyakit tersebut.
Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bagi seluruh kawasan yang dikenalpasti mempungai kes Covid 19 purata tertinggi manakala kes yang hanya kurang dari 4 kes sejak 18 march 2020 sehingga hari ini tanpa pertambahan boleh diberi kelonggaran bagi penduduk setempat tanpa keluar dari kawasan mukim persekitaran kawasan dan warga luar dari zon terlibat perlu dikawal memasuki zon perkampungan dan pekan selamat.
Antara contoh jika Mukim Limbang Sarawak kurang dari 3 kes Covid 19 dari 18 March 2020 tanpa pertambahan sehingga 14 April 2020 maka penduduk asli Limbang boleh keluar kawasan setempat, namun masyarakat dari luar kawasan Limbang terus dikawal agar tidak memasuki kawasan Limbang dan sebaliknya warga asli Limbang juga dikawal ketat agar tidak dibenarkan jeluar dari kawasan Limbang ujar orang ramai yang ditemui.
Demikian juga dengan barangan yang masuk kekawasan Limbang perlu dikawal ketat atau dinyah semburan bagi memastikan tidak ada virus Covid 19 berada pada semua jenis barangan yang masuk kekawasan Limbang termasuk segala pelbagai pengangkitan dan pemandu pengangkutan wajib dikawal ketat tanpa pelepasan jelas mereka. Susunan Basron Kirwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan