RAKYAT BERTERIMA KASIH BANTUAN
Oleh. Bujie Tuekarang
Parlimen Tuaran. Semua
Sumbangan keperluan makanan yang diagih oleh kerajaan
negeri mahupun kerajaan pusat amat dinanti penuh syukur yang tidak terhingga didalam perintah kawalan pergerakan (PKP) semua kerjaya tertinggal akibat gerun dengan penyakit Covid 19 yang dilaporkan telah menyerang seluruh dunia.
Menurut Rupinah Rafail (Gambar Atas Sekali) bantuan kerajaan berupa keperluan makanan dapur sangat diperlukan sama ada kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan sememangnya diperlukan seluruh rakyat jelata diperkampungan terpencil dan tahniah atas usaha pengurusi MPKK En. Juanis Tulah jelasnya.
Diantara penerima bantuan makanan semasa PKP berjalan bagi DUN Tamparuli di Kg. Ratau Baru dan Kg. Rungus bahagian Mukim Gaya Ratau ialah Puan Moiti Lodiun (Gambar Ketiga dari atas) En. Libi (Bawah sekali) dan Puan Norah Tinggalung (Kedua dari atas) mengaku daya usaha kerajaan negeri dan persekutuan menghulur bantuan makanan dan kewangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohamad Yassin secara One Off sangat bermakna bagi orang orang kampung terjejas pergerakan dalam penguatkuasaan PKP, selain dari itu usaha MPKK Juanis Tulah dan kakitangan MPKK berurusan dengan kerajaan bagi permakanan orang kampung yang sangat memerlukan juga diucap ribuan terima kasih tidak terhingga termasuklah kerajaan negeri Sabah ujar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan