SYARIKAT PENYIARAN MEMILIKI KONSEP URUSNIAGA
Setiap syarikat perniagan yang menjalankan sistem penyiaran memiliki tabdir urus dan bukan seperti urusniaga goreng pisang ditamu mingguan mahupun pasar malam, malah syarikat penyiaran bersikap terbuka pada pelbagai industri perfileman bagi menayangkan karya mereka namun syarikat perfileman perlu memahami urus tabdir perniagaan dan bukan sekadar minta slot siaran secara percuma seperi yang diviralkan golongan pelakon mahupun penyanyi dalam filem yang mereka hasilkan.
Sejak kebelakangan ini ada kumpulan pelakon dan penyanyi menyifatkan syarikat penyiaran tidak membantu mereka mempromosi keset, cd, dvd dan filem tanpa memahami semua syarikat penyiaran bukan lah secara percuma, sebaliknya para pelakon dan penyanyi perlu belajar bagaimana mahu mempromosi nyanyian dan filem mereka bagi melariskan jualan diserata tempat tanpa menuding kesalahan terhadap syarikat penyiaran berkenaan agar tidak wujud perselisihan faham kedua belah pihak.
Untuk rekod ada pelakon dan penyanyi dilaporkan dalam Sabah sanggup menjual sendiri pelbagai jenis cd, vcd mahupun lakon filem mereka tanpa berkerjasama dengan syarikat penyiaran tempatan.
Kerajaan Sabah juga harus memberi penerangan kepada syarikat perfileman mahupun penerbit album lagu lagu agar sama sama berkerjasama dalam konteks pembayaran slot pengiklanan disyarikat penyiaran agar tidak berlaku salah faham kedua dua pihak. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan