Jumaat, 1 November 2019

 TAMU TRADISI SUHUT BOBOLIAN
Oleh. Aki Kinabalu
Sabah. Penubuhan TAMU TRADISI merupakan
milik keturunan yang mengamalkan kinsep RITUAL BOBOLIAN dan disuhut kaum DUSUN KADAZAN MURUT RUNGUS TATANA SAMAH SUANG LOTUD serta pengikut anak negeri bukan beragama Islam,  TAMU TRADISI juga bukan dibentuk sesuka hati melainkan diketuai oleh RUNDUK BOBOLIAN dalam upacara penyembelihan  Kerbau sebelum menanam batu sumpah yang dicari dalam sungai asli bersih penuh adat sebagai tanda TONDUK TAMU TRADISI agar tidak boleh ditukar ganti sebagaimana adat asli RITUAL BOBOLIAN.
Pada umumnya hanya gerai jualan boleh dibebaskan orang bukan etnik ritual bobolian menjadi peniaga, namun TAMU TRADISI mengikut adat BOBOLIAN ASLI SABAH tidak dibenarkan orang luar mengambil alih tanpa persetujuan etnik asal bobolian setempat apa tak lagi sesuka hati memohon tanpa mendapat keizinan mahkamah anak negeri dan bobolian setempat.
Banyak sumpahan dan pantang larang dalam penubuhan TAMU TRADISI ini jika diselusuri asal galurnya namun ianya tidak boleh didedahkan melainkan kenyataan dari kumpulan BOBOLIAN, KETUA KAMPUNG, WAKIL KETUA ANAK NEGERI sebagai layak memelihara Tamu Tradisi terlibat.



UNTUK MAKLUMAN PERTANYAAN TAMU TRADISI DAN BOBOLIAN RUNDUK SUMUHUT HUBUNGI AKI KINABALU DI 01138554026 WAKTU PEJABAT SAHAJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan