Jumaat, 2 Ogos 2019

AWAS NASI WANGI BUNGKUS INI
Oleh. Norzaitie Kirwan
Sabah. Nasi wangi bungkus daun kayu terpilih mungkin tifak ada tandingan kelazatan nya bila dimakan oleh penggemarnya sejak berpuluh tahun dahulu, namun sejak kebelakangan ini nasi wangi bungkus daun kayu terpilih menjadi ikutan pelbagai suku kaum dan agama membuatkan timbul keraguan dikalangan penggemar beragama Islam.
Selain dari itu nasi wangi bungkus daun kayu terpilih juga kadangkala pembuat bukan beragama Islam pun berani mendakwa nasi wangi bungkus mereka Halal walaupun mereka yang membuat sebenarnya bukan Islam, namun dalam konteks serupa perbuatan mereka sudah mempengaruhi umat Islam agar membeli nasi wangi bungkus daun kayu terpilih mereka tanpa meneliti kesahihan halal yang sebenar bagi unat Islam.
Media Terkini dimaklumkan oleh beberapa orang Islam yang membongkar kes istilah Halal melibatkan penjual Nasi Bungkus daun wangi serta pelbagai jenis kueh mueh di Tamu mingguan, Pasar Malam, Pasar Minggu, gerai makan dan penjual tepi tepi jalan raya tegas mereka.
Umat Islam Sabah perlu berhati hati dengan teknik istilah perkataan ini, "Anak saya Islam Buat makanan ini saya sekadar menjual walhal semua orang tahu mereka ini sudah berasingan dengan anak Islam mereka yang berjodoh pada umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan