KAAMATAN RAYA IDULFITRI
Telipok. Penduduk Kg. Kebayau Tamalang bernafas lega berikutan pengumuman Pemimpin Pembangunan Masyarakat Inanam (PPM) C. Latiff akan mengusahakan pembaikan Balairaya Kg. Kebayau dibawah peruntukan kilat lebih kurang dua puluh ribu keatas menerusi YB. Kemny Chua Adun Inanam secepat yang terdaya, selain dari itu beliau menyeru penduduk kampung khususnya kaum ibu agar merebut peluang meminjam modal perniagaan kecil kecilan antara lima ribu hingga sepuluh di beberapa agensi kerajaan sebagai menambah sumber tabung keluarga sepanjang masa.
C. Latip yang mewakili YB. Kenny Chua Adun Inanam yakin warga kampung mampu menambah
sumber kewangan keluarga jika berniaga secara kecil kecilan diperingkat permulaan tanpa
merasa malu bagi menceburi bidang perniagaan, malah pihak kerajaan juga sentiasa membantu menjalani kursus asas perniagaan secara percuma dikalangan mereka yang berminat agar semua asas perniagaan mampu diperolehi kearah memajukan diri dan keluarga masing masing dimasa hadapan.
Kru Media Terkini yang hadir pada majlis tersebut dimaklumkan ianya anjuran bersama Jawatan Kuasa MPKK Kebayau Tamalang diketuai Johinin Emat bersama Ketua Kampung Kebayau Tamalang Rabin Juani disamping mendapat sokongan pelbagai individu kawasan sekitar, pelbagai acara yang dijalankan selama dua hari dari Sabtu dan Ahad 7 Julai 2019 termasuklah pertandingan keagamaan Islam dan pelbagai sukaneka yang menarik minat para tetamu yang hadir dari pagi hingga ke petang walaupun dilaporkan ada juga orang kampung terlibat tidak menghadirkan diri selepas mendapat undangan rasmi pihak penganjur.
Turut hadir memerhati majlis tersebut pada penutupan 7 Julai 2019 ialah Ketua Pengarang Media Terkini Online Edisi Sabah Tuan Arman Karim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan