Jumaat, 5 Julai 2019

Oleh. Williem Anak lagau
BUDI PEKERTI KELEMBUTAN WANITA SENJATA MEREKA
Wanita yang berakhlak dan menyimpan budi pekerti yang luhur pasti sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat dimana juga berada apa tak lagi disulami keluhuran dalam tatasusila peradaban perbualan, sebaliknya mana mana wanita yang menggunakan kelebihan dalam diri mereka untuk kepentingan peribadi semata mata pasti hidup mereka bakal dipergunakan oleh golongan individu tidak bertanggongjawab sebagai singgahsana diri atau dijadikan tempat berteduh golongan yang telah kehilangan budi pekerti dalam diri sepanjang masa tanpa disedari mereka.
Terdapat juga wanita yang memilih pasangan berbual dan bermesra dikalangan lelaki bertukar tukar kenderaan dan petah berbicara bagai peguam sedangkan ia disusun demi memikat hati wanita cantik,  kebanyakan juga wanita lebih suka kepada lelaki asing dalam Sabah sebagai rakan berbual sehingga bersarapan setiap hari tanpa disedari ada masa mereka (wanita) bakal terjebak dengan pujuk rayu dan tertawan pula dengan handsome boy lelaki asing berkenaan.
Antara pandangan beberapa wargatua anak negeri yang ditemui bagi mendapat maklumat mengapa ramai golongan MENJANDA dalam usia muda sehingga terbiar tanpa haluan, malah ada juga wargatua anak negeri mengakui sering terpedaya pilihan anak mereka bertukar tukar kereta dan motorsikal masa pikat memikat sedangkan ianya dipinjam atau disewa harian demi menarik hati keluarga wanita pujaan ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan