Oleh. Jasly Dolah
AMALAN BERBOHONG SUKAR DIBENDUNG?
Sabah. Sebilangan kecil ahli parti politik diperingkat cawangan dan bahagian enggan mengaku salah bila rakyat dalam kampung mereka menuding jari bagi mendakwa pihak terlibat suka berbohong dengan rakyat helata walaupun berjanji berulang kali, tidak hairan lah dimasa kerajaan BN dahulu ramai rakyat keciwa akibat sikap ahli ahli parti yang gemar berbohong dengan orang yang berada dalam tanggongjawab mereka masing masing.
Pendedahan rakyat yang menjadi mangsa pembohongan yang memperkenalkan dirinya Gidiros Antamag dari Parlimen Tuaran semasa menemui MT dekat sini, majoriti yang pernah membohongi masa lalu kini telah menukar parti menyokong kerajaan PH Sabah (parti disertai dirashiakan) dimana kerajaan Sabah yang baru wajar berhati hati pemimpin akar umbi mereka masa ujarnya.
Gidiros Antamag turut mendakwa golongan pembohong ini juga suka memandang orang lain lebih rendah dari mereka namun bila diherdik warga asing kecut takut bagai dikepung musuh puluhan orang, beliau yakin seluruh rakyat Sabah yang berstatus anak negeri pasti mempunyai sejarah berhadapan dengan golongan orang serupa dimana perlu menjauhi golongan terlibat agar tidak menjadi mangsa dalam jangkamasa panjang tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan