Jumaat, 8 Mac 2019

AGENDA MA 63 SUDAH SEDIA ADA?
Oleh. Jopis Anak Lagau
Kuala Lumpur.  Keputusan membentang agenda 63 diparlimen oleh kerajaan pakatan harapan sememangnya dinantikan oleh rakyat anak negeri Sarawak dan Sabah amnya,  namun rakyat kedua dua negeri terbabit mempercayai ilham agenda 63 merupakan idea Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan yang kekal perjuangan beliau ujar warga Sabah yang ditemui.
Sehingga berita ini ditulis perjuangan Star pimpinan Datuk Dr.  Jeffery G. Kitingan tidak pernah berubah dari agenda 63, namun beberapa aktivis politik Sarawak dan Sabah yang dihubungi mengakui sangsi dengan PH mampukah meluluskan jika masih perlu dibahas diparlimen dimana ramalan melihat MP diseluruh Semananjung Malaysia pasti melakukan undi tidak menyokong agenda 63 jelas mereka.
Rakyat Sarawak dan Sabah boleh mentafsirkan halatuju Agenda 63 PH sama ada diluluskan atau sebaliknya kearah menjadi Sarawak dan Sabah sebsgai sebuah negara bersekutu dengan Semananjung Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan