Selasa, 1 Januari 2019

 Susunan Norzairi Kirwan
Sabah memiliki rekod seorang wanita berusia 100 tahun yang dilahirkan pada tahun 1918 berasal dari Kg Minawo Keningau, sebagai sebuah kerajaan berteras kepentingan rakyat jelata tidak salah warga emas ini diberi sesuatu penganugerahan disamping diberi imbuhan kewangan selagi masih hidup agar warga emas ini terasa lebih dihargai oleh pemerintah tanah tumpah darahnya.

Sepanjang tahun 2018 isu peminta sedekah dikalangan warga asing
 telah menjadi hangat dibandaraya Kota Kinabalu dan perlu ditangani lebih sirius pada tahun 2019 ini, antara suara suara yang diutarakan oleh masyarakat asli Sabah ialah mempertingkatkan kawalan rondaan ditempat tempat tumpuan mereka, mencari petualang yang memperhambakan peminta sedekah ini jika ada unsur unsur peminta sedekah ini dijadikan satu perniagaan oleh orang orang tertentu, dan langkag akhir siasat setiap peminta sedekah ini dari mana asal usul mereka memandangkan cara peminta sedekah ini bercakap dilaporkan mengguna bahasa dailek warga asing yang perlu dikembalikan kenegara asal mereka sebaik mungkin.

Isu Maksiat yang dicekup pihak penguatkuasa agama dalam negara ini cukup membimbangkan
 terutama pada penghujung tahun dan setiap musim cuti, adakah ini terjadi akibat akhlak generasi masa kini sudah diresapi kefahaman LIBERAL yang heboh diperkatakan oleh pakar pakar agama Islam sepanjang tahun 2018, jika benar ada unsur kefahaman LIBERAL dalam agama masa kini sudah menjadi tanggongjawab kerajaan semasa mencari langkah drastik mematahkan penularan kefahaman seumpama agar tidak merosak akhlak generasi muda mudi terpelajar dalam negara ini.

Siapakata Sabah tidak memiliki tempat menarik
dikalangan penggemar HAIKING MENDAKI BUKIT sehingga warga dari Semananjung Malaysia pun sampai kekemuncak kawasan tersebut, digelar beberapa nama iaitu Bukit Segindai, Nulu Gonipis, Bukit Dongkungon dan Bukit Nogutas yang memiliki sejarah tersendiri diwarisi masyarakat asli menduduki perkampungan berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan