Selasa, 22 November 2022

RAKYAT PERLU BERTENANG 

Oleh. Basron Kirwan 

Istana Negara. Sehingga malam ini 22 November 2022 belum ada petunjuk perlantikan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya ke 15 yang lepas. 

Dua Presiden Parti dijemput ke Istana Negara petang ini 
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim bagi penyelasaian Kerajaan Perpaduan namun kedua duanya tidak mampu bersama membentuk kerajaan tersebut. 
Dalam konteks seumpama semua pihak perlu bertenang menunggu selepas perjumpaan dengan 30 ahli parlimen UMNO BN di Istana Negara esok jam 10.30 pagi 23 November 2022 tanpa membuat hebahan andaian atau ramalan yang tidak berasas dikalangan semua penyokong parti masing masing. 

Tan Sri Muhyiddin  Mohd. Yassin ketika ditanya pemberita mengaku memiliki 116 SD ditanda tangani dan dihantar ke Istana Negara namun tidak mendapat penjelasan khusus dari pihak Istana Negara serta bertegas tidak akan berkerjasama dengan Pakatan Harapan tegasnya.

Sementara Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim dengan jawapan ringkas dihadapan para wartawan dalam dan luar negara menjelaskan Jawatan Perdana Menteri masih kosong dan perlu di isi ujarnya.

Sebarang laporan pemimpin parti politik diluar Istana Negara hanya lah ramalan atau andaian semata mata tanpa sebarang kenyataan dari pihak jurucakap Istana Negara. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Isnin, 21 November 2022

TEKA TEKI MENUNGGU PM BERITA PALSU TERSEBAR MELUAS 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Rakyat seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah perlu menanti dengan sabar pengesahan 

berita sahih perlantikan Perdana Menteri ke 10 dari Istana Negara dan bukan nya surat layang seperti ini. 

Penyebaran seumpama dipercayai perbuatan para penyokong parti politik tertentu bertujuan mengangkat nama pemimpin parti mereka sebagai menarik perhatian umum walaupun ianya berita PALSU yang mengelirukan. 

Sehingga berita ini ditulis belum ada berita sahih SIAPA PERDANA MENTERI KE 10 dan dilaporkan masih menunggu siapa yang mampu mengumpul 112 kerusi parlimen keatas bagi perlantikan Perdana Menteri hari ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan mencetak memuat turun berita amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

PELBAGAI SEBARAN WATSAP HARUS DIHENTIKAN 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Borneo. Sebaran berita tidak benar diwatsap dan laman sosial tidak berasas perlu dihentikan demi memelihara keutuhan keselamatan negara serta keharmonian bermasyarakat. 

Ini diluahkan kelab penaja bekas perajurit Sarawak Sabah sebagai mendedahkan perbuatan penyokong parti politik sanggup menyebarkan berita Perdana Menteri angkat sumpah disamping ada juga ghairah berucap seseorang Perdana Menteri dinamakan tanpa sebarang maklumat dari Istana Negara. 

Sumber pemerhati politik meramalkan ramai ahli parlimen yang telah menyokong SD kepada Perikatan Nasional berbanding Pakatan Harapan namun penyokong PH  terus dengan telaan mereka dilaman sesawang yang mengelirukan.

Sama sama lah rakyat Malaysia menunggu berita sahih dari Istana Negara petang ini tanpa melayan segala tulisan dilaman sosial atau watsap group yang sekadar mengelirukan rakyat negara ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengarah Urusan Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

PEMIMPIN BERANI TEGAS DISOKONG RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan / Norsham Tukirin 

Kuala Lumpur. No 

DAP No Anwar satu perkataan dari Datuk Seri Hisyhamuddin Tun Hussen merupakan pendirian yang didokong oleh rakyat Malaysia 
secara keseluruhan nya tanpa dipengaruhi sebarang keperluan dalam perjuangan mereka. 

Ahli Parlimen Semberong itu juga sanggup dipecat jika beliau tidak menyokong Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri demi mempertahankan para penyokong BN UMNO diseluruh  negara. 

Turut memberi reaksi memperbaharui visi perjuangan UMNO ialah Isham Jalil MKT UMNO yang mengingatkan seluruh kepimpinan UMNO bertekad memberi segala pembaharuan jentera kepimpinan sehingga keakar umbi agar mampu diterima semula seluruh rakyat Malaysia bagi mengembalikan kegemilangan tampok pemerintahan terhadap negara akan datang. 

Sementara itu Datuk Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor terus mendesak Presiden UMNO meletak jawatan sebagai tanggongjawabnya terhadap kekalahan teruk didalam pru ke 15 ini satu sejarah yang sukar diterima seluruh ahli UMNO katanya. 


Dalam situasi semasa perjumpaan para pemimpin tertinggi UMNO kepada kepimpinan Pakatan Harapan hari ini bersama Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim disifatkan secara kebetulan oleh Datuk Seri Wee Kah Siong Presiden MCA dan beliau tidak ada dalam pertemuan tersebut menurut pengakuan nya. 

Gambar pertemuan secara kebetulan tanpa perbincangan jelas oleh semua Ahli Parlimen UMNO dan BN mula disensasikan golongan penyokong pakatan harapan sehingga menjadi kemarahan bukan sahaja sebilangan Ahli Parlimen BN malah sebilangan penyokong BN meminta jangan undi mereka terhadap UMNO BN diheret menyokong Pakatan Harapan jelas mereka yang ditemui. 

Kemelut percaturan perebutan Perdana Menteri seharusnya dibincangkan seluruh Ahli Parlimen UMNO BN yang menang sebelum memilih mana mana yang sesuai sokongan rakyat jelata menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat yang mengundi UMNO BN meminta agar jangan sesekali undi mereka dibawa memberi kuasa menyokong  Pakatan Harapan agar dipilih Menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10 akan datang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Ahad, 20 November 2022

KDM DUA KERUSI PARLIMEN? 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Parti KDM memiliki dua Ahli Parlimen masa kini sebaik Riduan Rubin menyertai Parti KDM selepas penamaan calon pru ke 15. 

Selain Riduan Rubin turut menang Ahli Parlimen KDM ialah Datuk Wetrom Bahanda di Parlimen Kota Marudu menjadikan KDM dua orang wakil parlimen dari negeri Sabah.

Kru Media Terkini Malaysia gagal mendapat jawapan kemana kedua dua wakil parlimen ini berpihak sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjadi Perdana Menteri ke 10 yang dijadual bila bila masa.

Untuk rekod penyokong Pakatan Harapan di Sabah sudah menyebarkan gambar antara 4 dan 5 orang sahaja ahli parlimen UMNO BN berkumpul bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini mendakwa bakal dilantik Perdana Menteri ke 10 bila bila masa.

Sementara Tan Sri Muhyidddin Yassin terus mengesahkan mendapat sokongan 18 MP BN 6 MP GRS dan 22 kerusi MP GPS bagi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 10.

Apapun situasi pergolakan politik negara rakyat mengharapkan pemilihan Perdana Menteri perlu suara rasmi semua ahli parlimen Malaysia yang banyak agar kerajaan teguh dan stabil sepanjang 5 tahun akan datang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Kuala Lumpur. Editor



 

UBAH GERAK GEMPUR MUKA BAHARU 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Sejajar dengan kekalahan calon calon BN GRS dalam negeri ini perlu merubah setiap jentera gerak gempur bahagian mereka serta merta sebagai menarik semula sokongan rakyat terhadap parti berkenaan dalam tempoh 5 tahun akan datang.  

Pengundi pengundi yang 

telah menukar wakil wakil parlimen mereka mempamerkan betapa perlu perubahan kepimpinan yang gagal mendengar suara rakyat memerlukan penggerak berpenggal penggal ditukar namun pemimpin calon parti gagal mendengar suara rakyat terpaksa menerima keputusan undi rakyat pada calon menang yang mendapat undi besar pada pru ke 15. 

Rakyat yang mengundi calon
parti lawan sehingga menang besar tanpa diduga juga mahu menyedarkan jentera parti yang mendominasi kempen berpenggal penggal calon parti yang tewas betapa besar kuasa pengundi jika suara mereka tidak didengar calon bertanding enggan menukar jentera berkempen mereka sejak pru ke13 dan ke 14 yang telah tewas calon sekalipun namun jentera yang sama terus dikekalkan tanpa menukarnya sehingga PH boleh menang besar 5 kerusi di Sabah kali ke 15 kali ini. 

Pembaharuan BN GRS dalam Sabah masih boleh dilakukan bermula dari sekarang jika kepimpinan gabungan BN GRS  mahu sokongan rakyat kembali semula pada perjuangan mereka dikawasan calon yang tewas dalam pru ke 15 semalam. 

Hanya kepimpinan tertinggi BN GRS sahaja yang mampu mencorak pembaharuan kepimpinan bawahan mereka jika berhasrat mahu merampas semula semua kerusi parlimen mereka yang jatuh kepada Pakatan Harapan, Bebas dan Perikatan Nasional pada pru ke 16 akan datang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran  Media  Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
 

UMNO BN PERLU MERUBAH GERAK LANGKAH 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Kuala Lumpur. Umno BN perlu merubah langkah diperingkat setiap bahagian terutama setiap calon parlimen yang tewas dalam pru ke 15 semalam. 

Kegagalan calon UMNO BN dibeberapa kawasan diseluruh negara termasuklah Ssbah wajar dijadikan pengajaran kearah memperbaharui jentera petugas sayap diperingkat bahagian jika mahu pengundi dewasa dan muda mudi mahu mengundi mereka.

Kegagalan jentera bahagian bagi menukar sayap petugas diperingkat bahagian setiap kali pilihan raya berpenggal penggal menyebabkan majoriti pengundi baharu dan muda berpaling tadah menyokong segenap parti lawan bagi membuat perubahan wakil rakyat dalam kawasan mereka.

Antara pendedahan pemerhati politik yang melihat kekalahan teruk BN UMNO diseluruh negara hari ini termasuklah Sabah yang turut tewas beberapa kerusi  UMNO dalam parlimen pru ke 15 kali ini, dan jika perubahan tidak dilakukan bermula sekarang sokongan parti tersebut kian hambar dan mungkin terus menurun dalam pru kali ke 16 akan datang.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan perlu menggalas pembaharuan seluruh jentera sayap gerak kerja umno diperingkat bahagian yang mengalami kekalahan calon parlimen pru ke 15 jika bertekad mahu merampasnya semula pada pru ke 16 kelak. 

Untuk rekod Umno hanya mempertahankan 30 kerusi parlimen seluruh negara pada pru ke 15 walaupun ramai pengundi 18 tahun menambah sokongan parti tersebut namun pengundi dilaporkan menghukum jentera sayap PDM yang berpenggal penggal diberi kerja walaupun pengundi pru 14 telah mempamerkan penolakan mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor