Selasa, 20 September 2022

Berita Ringkas 

SANA SINI DUNIA BERGONCANG GEMPA 

Oleh. Huzera Ben 

Taiwan. Masyarakat dunia digemparkan gempa bumi dekat sini yang mengorbankan lebih 70 nyawa setakat berita ini ditulis disamping kecedraan sirius penduduk kawasan lokasi kejadian menurut jurucakap negara tersebut. 

Sejak kebelakangan ini kejadian gempa bumi berlaku dipelbagai negara umpama satu isyarat dunia semakin tua namun tidak ramai pemimpin negara negara serantau menghayati perkara seumpama. Kebanyakan para pemimpin negara negara serantau berlumba lumba memburu persaingan pembangunan serta ekonomi negara mereka masing masing tanpa menyedari dunia semakin tua. 

Dunia juga perlu menelti apa apa juga peristiwa yang berlaku disetiap negara sepanjang tahun melibatkan gempa bumi sama ada didataran mahupun dilautan supaya boleh ditafsirkan perbezaan nya yang sangat jauh berbeza ujar orang ramai.

Keajaiban yang kerap berlaku harus dijadikan pengajaran diri agar menginsafi diri serta merungkai antara satu sama lain fakta bahawa hidup manusia memerlukan penelitian perusahaan, kehidupan serta amalan keagamaan mengikut pemilihan pegangan agama dalam kehidupan yang dipilih masing masing.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

BILA GABUNGAN TULEN SABAHAN? 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Parti politik dinegeri Sabah saling membentuk 
gabungan mantap bagi memperkukuhkan kekuatan parti politik seperti bumi kenyalang namun sampai hari ini masih lagi belum mencapai seperti Gabungan Parti Sarawak tulen semua parti Negeri Sarawak. 

Terdapat beberapa parti gabungan yang bertapak di Sabah seperti Pakatan Harapan yang dianggotai oleh UPKO, PARTI KEADILAN RAKYAT, AMANAHdan DAP,  selain dari itu Barisan Nasional yang dianggotai oleh PARTI BERSATU RAKYAT SABAH, MCA, MIC dan UMNO yang telah memegang pengesahan Outonomi Sabah, kini timbul lagi Gabungan Rakyat Sabah satu gabungan parti politik terbaru dalam negeri ini melibatkan PPBM, SAPP, STAR, PBS serta dilaporkan juga USNO, KDM dan LDP dilaporkan sudah memohon menyertai.

Berdasarkan gabungan yang menyertai semuanya melibatkan parti dari Semananjung Malaysia, cuma kelebihan dari UMNO Sabah sudah memiliki outonomi rasmi diperakui oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang kini memperkasa sokongan PBRS kepada Barisan Nasional yang perlu dipandang seluruh rakyat asli Sabahan bermula sekarang.

Penghayatan seluruh rakyat Sabah bagi menilai konsep Gabungan Tulen parti parti politik Sabahan perlu dipandang hati bersih dan terbuka seperti Sarawak GPS namun terus menyokong kerajaan BN masa kini, Sarawak tidak ada UMNO, MCA, MIC namun GPS terus memberi sokongan terhadap kerajaan BN masa kini.

Dengan pendedahan ini warga Sabahan asli boleh membuka minda dan menghayati dengan hati terbuka apa apa perkembangan parti politik Sarawak dan Sabah amnya










Nota. Dilarang nembuat ulasan berita, mencetak, memuat Iklan Niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Isnin, 19 September 2022

PEMERINTAH SIAP SIAGA PILIHAN RAYA 

Oleh. Williem Anak  Lagau 

Kuching. Para pemimpin parti Gabungan Parti Sarawak  (GPS) bukan sahaja mempertingkatkan usaha pembangunan negeri, malah mereka terus membantu mempertingkatkan ekonomi rakyat disamping berusaha menuntut segala yang termaktub didalam MA 63 agar segala hak hak mereka terus diperolehi dalam jangkamasa panjang. 

Berdasarkan perjuangan kerajaan dibawah naungan GPS yang terus memberi sokongan terhadap kerajaan BN masa kini, segenap lapisan rakyatnya terus bersatu menyokong kerajaan GPS negeri Sarawak tanpa berbelah bahagi walau pelbagai parti masuk negeri mereka. 

Sehingga berita ini ditulis, warga Sarawak mendakwa pelbagai parti dari luar negeri cuba menyantuni segenap rakyat malah ada yang cuba memberi gambaran pelbagai kabar menarik untuk semua orang Sarawak namun sukar diterima kearah masa depan mereka. 

Menurut mereka lagi, bukan muda menerima seseorang pemimpin parti politik jika mereka tidak memahami hati nurani rakyat yang diperlukan mereka meraih sokongan undi apa tak lagi pemimpin yang sekadar mahu diangkat menjadi wakil Adun dan wakil Parlimen amnya ujar mereka.

Kekuatan GPS tidak dapat dinafikan oleh rakyat anak jati Sarawak demi masa depan pembangunan dan ekonomi tanah air warga Sarawak yang menanti pencapaian MA 63.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

ORANG DESA GUNA TENAGA 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah.  Dalam konteks tahun 2022 sebilangan warga desa mempergunakan tenaga tulang empat kerat mereka bagi membersihkan jalan raya tanpa nampak kelibat pemimpin parti politik walaupun sudah menjelang pru ke 15. 

Kebanyakan orang politik dibeberapa bahagian juga dilaporkan gagal mendampingi rakyat dalam kawasan mereka namun merayu rayu meminta diundi jika parti mereka terpilih menjadi calon dalam pru  ke 15 akan datang.

Satu kesedihan orang didesa terpencil ialah meminta diundi jika terpilih calon namun tidak pernah datang melawat orang orang kampung selama terpilih menjadi pemimpin parti politik bahagian ujar rakyat yang ditemui. 

Rakyat didesa terpencil juga mempersoalkan pemimpin parti politik bahagian besar sangat kah jika tidak ada rakyat yang menjadi pengundi mereka jika terpilih calon pilihan raya tegas mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini, rakyat didesa terpencil meminta pemimpin ahli politik diperingkat bahagian supaya turun padang dengan kerap mendampingi rakyat tiap masa agar sentiasa dipandang orang kampung mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

RAMAI PEMIMPIN POLITIK BAHAGIAN  SUKAR DITEMUI 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Beberapa pemimpin parti politik bahagian dinegeri ini (bukan BN) dilaporkan rakyat sombong dan ego bila dihubungi oleh rakyat pengundi dikawasan mereka sendiri malah ada yang dihantar pesanan ringkas langsung tidak berjawab.

Kes seumpama berlaku bukan perkara baru malah telah bertahun tahun kes seumpama berlaku tanpa ada yang berani bersuara walaupun pernah ditegur bersua muka namun tidak pernah berubah tegas rakyat jelata yang ditemui dekat sini. 

Rakyat jelata bertanya juga besar sangat kah jawatan pemimpin parti politik diperingkat bahagian sehingga tidak lagi menghiraukan segenap lapisan rakyat jelata walau dalam kawasan mereka sendiri tegas penduduk yang ditemui. 

Dengan teguran ini setiap pemimpin parti politik diperingkat bahagian perlu menumpukan usaha mendekati rakyat jelata jika mahu meminta sokongan didalam pilihan raya namun jika tidak mahu sokongan undi biar lah dilupakan segenap lapisan rakyat. 












Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pelbagai pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Ahad, 18 September 2022

KESUNGGUHAN BN MENGUTAMAKAN RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan 

Bukit Jalil. Berdasarkan suara semua lapisan rakyat yang komited menyokong Barisan Nasional Perdana Menteri Malaysia kekal Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika menang majoriti besar dalam pru ke 15 akan datang.

Ini diumumkan oleh Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO pada Majlis Pelancaran Bregid MIC hari ini yang juga disempurnakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia yang mengumumkan peruntukan Dana Yayasan MIC berjumlah Dua Juta Ringgit dekat sini.

Dengan kesungguhan BN dalam mengutamakan keperluan rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharap pemuda MIC diseluruh negara bergerak memastikan jentera mampu memberi kemenangan terhadap Barisan Nasional pada pru ke 15 pada bila bila masa. 

Pengumuman Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO mahu mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas pru ke 15 juga merupakan satu perjuangan yang telus dan saling berkerjasama antara kepimpinan BN serta mengutamakan seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak dan Sabah khususnya. 

Atas kesefakatan ini semua parti kompenen BN seperti UMNO, MIC, PBRS dan MCA serta mana mana parti yang berkerjasama dengan BN seperti GPS Sarawak harus menggandakan usaha bagi memastikan kemenangan majoriti besar didalam pru ke 15 akan datang. 

Gandingan mantap Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO, perlu dicontohi seluruh ahli ahli parti kompenen BN diperingkat akar umbi kearah mendepani seluruh rakyat jelata demi meraih sokongan padu tanpa berbelah bahagi, supaya Barisan Nasional kembali dipercayai seluruh rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dalam pru ke 15. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Berita Ringkas 

LAGI ANAK RAJA SEDIA UJIAN DNA 

Oleh. Huzera  Ben

British. Dunia gempar lagi berikutan seorang lagi warga mengaku anak rashia Raja Charles 111 bersama Camilla kini sanggup melakukan ujian DNA bagi menentu sahkan kesahihan keturunan nya yang sebenar kepada seluruh dunia. 

Simon Dorante Day 56 tahun (gambar) mendedahkan beliau adalah Putera Raja yang sebenar malah beliau sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan DNA beliau adalah keturunan Raja katanya. 

Simon Dorante Day juga menggemparkan dunia apabila mengaku seorang Putera Raja yang sah dengan kesungguhan menguji DNA nya, malah beliau mengaku pernah mengutus surat pada Mendiang Ratu Elizaberth 11  masa hayat memegang tampuk Raja namun tidak mendapat layanan di Istana Raja tegasnya. 

Sejauh manakah pengakuan Simon Dorante Day ini benar sebagai putera Raja terpulang lah kepada pihak berkuasa United Kingdom bagi meneliti segala laporan yang dihantar beliau sebelum Ratu Elizaberth 11 mangkat agar tidak mengelirukan warga seluruh dunia.  

Selagi belum ada kebenaran kesahihan pengakuan Simon Dorante Day selaku Puera Raja  segala pengakuan yang tersiar diakbar dunia hanya lah percakapan peribadi beliau tanpa asas yang jelas dan tidak mampu mempangaruhi semua penduduk seluruh dunia.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang