Rabu, 23 November 2022

PERDANA MENTERI KE 10 SUDAH TERPILIH 

Oleh. Basron Kirwan

Istana Negara. Presiden PKR Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim terpilih menjadi Perdana Menteri Ke 10 hari ini. 

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Istana DiRaja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Selepas mesyuarat Raja Raja Melayu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mengumumkan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 hari ini. 

Kejayaan PH memperolehi jawatan Perdana Menteri tercapai juga hari ini dalam konsep kerajaan perpaduan dalam negara Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mengumumkan perlantikan tersebut selaras dengan, kuasa Baginda Yang Diperuntukkan Dibawah Perkara 40 (2) (a) Dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan Mencetak memuat turun berita memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 




 

KERAJAAN PERPADUAN DIRAMAL BAKAL TERBENTUK  

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Nasihat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dizahirkan oleh para Ahli Parlimen BN, GPS, GRS bagi turut menyertai kerajaan perpaduan selepas mesyuarat Raja Raja Melayu hari ini. 

Menurut sumber GPS berterusan bersama Perikatan Nasional manakala BN bertegas tidak mahu bersama PN sementara GRS mahu bersama PN satu politik yang sukar menentukan siapa Perdana Menteri yang ke 10. 

Menanti pilihan Perdana Menteri ke 10 terletak dibahu ahli ahli parlimen yang memenangi pru ke 15 pada 19 Nov 2022 lepas walaupun tidak memenuhi kehendak naluri  jiwa rakyat yang mengundi mereka.

Kekuatan GPS yang dilapor masih setia kepada keabsahan PN mendapat pujian seluruh rakyat bukan sahaja di Sarawak malah penyokong BN dan PN seluruh negara.

Rakyat seluruh Malaysia dilaporkan mengharapkan pemilihan Perdana Menteri ke 10 adalah memenuhi kehendak Bumiputera sebagai mempertahankan bangsa Malaysia secara keseluruhan dalam Malaysia melibatkan Sarawak dan Sabah amnya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

SEMUA PIHAK PERLU PANTAU BERSAMA 

Oleh. Koijul Hairul

Kuala Lumpur. Gelagat muda mudi dikelab malam seperti ini perlu dipantau semua lapisan masyarakat dan bukan nya sekadar berdiam diri menonton didepan mata. 

Bayangkan lah kelakuan seumpama terjadi kepada anak anak ibu bapa diseluruh negara bagaimana perasaan golongan ibu bapa terlibat menonton anak anak mereka berkelakuan seumpama disegenap KELAB MALAM didalam mahupun luar negara. 

Trend seumpama wajar diambil perhatian semua ibu bapa, pihak berkuasa tempatan agar sama sama melakukan pemantauan bersama setiap gerak geri anak anak diluar rumah demi menjaga perilaku lelaki dan wanita muda agar jangan sampai melanggar peradaban adat. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Setinggi Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Pengundi Parti Pejuang (GTA) Kawasan Parlimen P.171  Sepanggar Pada 15 Nov dan 19 November 2022.

Sokongan Para Pengundi Kawasan Parlimen Sepanggar, Tidak Saya Lupakan Dan Akan Diteruskan Didalam Perjuangan Pada Masa Hadapan. 

Daripada. 

En. Yusof Kunchang Calon Parti Pejuang (GTA) Kawasan P. 171 Parlimen Sepanggar 







Nota. Dilarang Membuat Ulasan Berita, Mencetak Memuat Turun Berita dan Memuat Iklan Niaga Didalam Akbar Ini Tanpa Kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

SIAPA TANGANI  MASAALAH INI ? 

Oleh. Norafzah Dollah 

Isu pengemis di Kota Kinabalu tidak jelas siapa bertanggongjawab membenterasnya sudah bertahun tahun lamanya namun tidak nampak tindakan pihak berkuasa yang melihatnya setiap hari ditengah kota. 

Golongan pengemis ini juga terlalu sukar berbahasa Melayu dan tidak dapat dipastikan apakah suku etnik mereka yang sebenar memandangkan loghat bahasa harian mereka mirip bahasa negara jiran jelas orang ramai yang ditemui.

Antara lokasi jajaran peminta sedekah setiap hari ialah, Sinsuran Compleks, Lorong Pejabat Pos Besar KK, Kg. Air, Inanam Menggatal disamping beberapa lokasi berhampiran Kota Kinabalu lapor oeang ramai yang ditemui.


SEKSEI MENJOLOK MATA? 

 Apapun pakaian anda bersiaran di pelusuk negeri pasti menjadi tumpuan mata memandang ditambah lagi dengan perwatakan lighat sedikit pasti menjadi perhatian mata masyarakat sekeliling. 

Sesekali berjalan dikota besar pasti akan melihat wanita memakai seksi dan menggoncang iman namun itulah keperluan memperkasa keimanan setiap bergelar lelaki. 

Kebanyakan kompleks beli belah terbesar pasti ada wanita berpakaian seksi disamping mempamerkan tubuh yang menggoncang iman kaum  lelaki sejak sejak sekian lama.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

Selasa, 22 November 2022

BARISAN NASIONAL BERKECUALI 

(GPS MENUNGGU ISTANA) 

Oleh. Norsham Tukirin 

Kuala Lumpur. Sejumlah 30 kerusi parlimen Barisan Nasional akan terus menjadi pembangkang tidak menyokong PH DAN PN dalam pembentukan kerajaan baharu sebaik kalah teruk dalam pru ke 15 baru lepas.

Ini dijelaskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai mengulas dakwaan pemimpin parti lawan yang mendakwa BN sudah bersetuju bersama membentuk kerajaan sedangkan gambar yang disebarkan sekadar terserampak pempin PH dan BN dalam gambar yang disebarkan sebagai tarikan orang Borne menyokong mereka.

Sementara Primer Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg menunggu perkembangan di Istana Negara berhubung perlantikan Perdana Menteri tanpa bersuara kepada Media  Massa, namun sebelum kemelut seumpama berlaku beliau mengaku GPS sepakat memberi sokongan terhadap Perikatan Nasional sebagai Perdana Menteri bagi membentuk kerajaan Malaysia. 

Apapun berlaku diharap tidak lagi ada sebarang ramalan tidak berasas atau tekaan tidak berasas didalam watsap laman sosial sebelum ada pengumuman rasmi dari Istana Negara hari ini.

Sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang petanda akan ada perlantikan Perdana Menteri Malaysia, rekod jika PH disokong Warisan sekadar 86 kerusi parlimen, BN 30 kerusi parlimen dan PN jika bergabung dengan GPS sekalipun baru 96 kerusi jika tidak ada campuran dari parti bebas dan KDM dan masih gagal membentuk kerajaan Malaysia. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar Media Terkini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 

Oleh. Koijul Hairul

KEMANA BEKALAN AIR PAIP 

Telipok Ria. Penduduk perumahan dekat sini bertanya dimanakah pergi nya semua bekalan air diseluruh kawasan perumahan Telipok Ria bertahun sudah ianya diduduki masih tidak memperolehi air mencukupi kepada seluruh penghuni setiap hari. 

Masaalah penghuni perumahan Telipok Ria dalam daerah Tuaran terpaksa menjimat air berhari hari terutamanya untuk makan minum membasuh dan mandi namun entah sampai bila boleh diperbaiki pihak kerajaan Sabah jelas penduduk setempat. 

Penduduk Telipok Ria kadangkala membeli air dari pihak syarikat syarikat tertentu yang datang menjual air mereka sesekali apabila setiap rumah kehabisan stok simpanan air demi bekalan memasak, mandi dan mencuci kain jelas mereka.

Sehubungan dengan itu semua penduduk perumahan Telipok Ria meminta kerajaan Sabah turun padang melihat kedudukan bekalan air mereka yang membayar bil bulanan namun bekalan air hanya sesekali sahaja mengalir dari saluran paip mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat turun berita mencetak amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor