Rabu, 5 Jun 2019

RAYA PILIHAN 2019
Oleh Hujera Ben
Sabah. Surau Kg. Kebayau Tamalang Telipok bertuah tahun 1440H disebabkan terpilih sebagai  distinasi Kru akbar Media Terkini Malaysia menunaikan SHOLAT SUNAT AIDULFITRI dengan penggambaran khas sempena ulang tahun kali ke 19 akbar ini bersiaran sebagai akbar bebas dari kancah kuasa kuasa parti politik, Surau tersebut juga berserta seluruh jemaah sholat aidulfitri juga berikutan kehadiran Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Media Group Tuan Arman Karim yang diberi mandat kuasa pemilik Syarikat Azom Productions House Malaysia Dato' Azhar Haji Omar bagi mengurus persiaran Media Terkini Online Edisi Sabah selaku Pengarah Dan Pengarang akbar tersebut sejak 2016.
Dalam sholat aidulfitri di Surau Kg.  Jebayau Tamalang hari ini tidak ada yang mengetahui kehadiran sebenar Tulang belakang Media Terkini melainkan Imam Surau tersebut En.  Vadin Emat termasuklah penulis dimana sikap rendah diri Ketua Pengarang Media Terkini yang sekadar menjadi orang biasa semasa membuat liputan khas ini.
Berdasarkan ceramah Sembahyang Sunat Aidulfitri di Surau tersebut penekanan utama adalah memupuk keimanan sebagai umat Islam disamping mempamerkan kemuliaan dan kehormatan sambutan kunjungan berhari raya dikalangan rakan rakan bukan beragama Islam sepanjang sambutan hari raya disetiap rumah masing masing setiap hari.
Dalam kesibukan berhari raya jangan sesekali terleka lupa memohon kemaafan dari jiran sekampung yang telah dikhianati berulangkali demi mengharap keampunan dari empunya diri agar dimakbulkan oleh Allah swt,  jika kejahatan lampau berulangkali pihak individu gagal maafkan dimusim Aidulfitri terlalu sukar menilai keampunan dari Allah swt jelas wargatua di Kampung tersebut hari ini.

Selasa, 4 Jun 2019

Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Kepada Seluruh Pelanggan Media Terkini Online Edisi Sabah Diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore Dan Indonesia.
Semoga Aidilfitri Tahun 1440H Mampu memelihara Perpaduan Dan Ukkuwah Silaturrahim Serta Mempertingkatkan Keimanan Ekonomi Dan Pembangunan Bersama Dalam Jangkamasa Panjang. Daripada,  Azom Productions House Malaysia Tel. 01138554026 Pejabat 0145748469 Watshap
 Berita Ringkas
Sambutan Aidilfitri bagi Sarawak dan Sabah dijangka
dalam suasana musim tengkujuh berikutan hujan sejak beberapa hari yang lepas dimana para pemandu kenderaan bakal mengalami pemanduan jalan raya berair disamping memerlukan pemanduan berwaspada, selain dari itu warga penduduk yang berumah sekitar pesisir tebing sungai harus berhati hati agar sentiasa berwaspada dengan musibah banjir yang tidak diduga apa tak lagi jika terdapat anak anak kecil mahupun warga emas khususnya golongan OKU.
Syawal tahun 2019 dapat dirasakan terlalu sejuk dengan kedudukan hujan tidak menentu jelas warga setempat.
Oleh. Norafzah Dolah
AIDILFITRI HIDAYAH BANDUAN
Oleh. Basron Kirwan
Seratus dua belas ribu lima ratus dua puluh tiga orang tahanan penjara beragama Islam
bakal menerima pelbagai peringkat pengampunan sempena hari raya aidilfitri 2019 bagi negara Indonesia, ini diumumkan oleh Direktur General Pemasyarakatan Kementerian Hukum Dan Hak Asasi Manusia Sri Puguh Utami (Gambar)  sebagai satu amal memberi pengampunan tahanan dihari raya aidilfitri berdasarkan maklumat yang bersesuaian tapisan dari pihak pengurusan penjara dan diperakukan penilaian pemerintahan Indonesia jelasnya.
Harapan pengampunan ini mampu melegakan setiap keluarga tahanan yang terlibat mendapat pengampunan pbebasan dan pengurangan hukuman para banduan yang telah terpilih katanya.

Isnin, 3 Jun 2019

 SOROTAN SEHARI SEBELUM RAYA
Oleh. Hujera Ben
Sabah. Isu peminta sedekah dikalangan kanak kanak bawah umur 9 tahun jelas berlaku bagai terancang dilaporkan loghat berbahasa mirip loghat warga Filipina dengan memenuhi setiap bandar dan pekan setiap hari, majoriti tempat wang mereka penuh dipercayai hasil pemberian orang orang Sabah yang prihatin orang asing namun jelas bangsa sendiri tidak nampak kesudian mahu membantu walau didepan mata mereka.
Jika mencapai 60 orang dihantar mengemis dalam satu kawasan berapa jumlah mampu dikutip jika memiliki 500 kawasan dikuasai mereka setiap hari, malah aspek pemberian orang Sabah sehari pada kanak kanak orang asing sehari RM80.00 digandakan pada 500 kanak kanak
sehari tentu mengejutkan pada orang asal Sabah pendapatan mereka dalam sehari iaitu RM40,000 keseluruhan sehari dipelusuk Sabah.
Berdasarkan sumber risikan ini kanak kanak asing ini (dilapor tiada kewarganegaraan) sanggup bergelimpangan disimen tanpa alas berikutan pendapatan mereka anrara RM80.00 hingga RM120.00 dalam seorang, jika orang asal Sabah tidak berfikir menderma kanal kanak asing mereka akan ketinggalan kekayaan dalam jangka panjang oleh pengemis orang asing terutama anak anak jalanan yang bakal didaftar dokumen pengenalan warga asing seperti perancangan kerajaan Warisan negeri selepas membentuk kerajaan negeri Sabah.
PROGRAM ISLAM PERLU DIBUAT OLEH ORANG BERTAULIAH KEAGAMAAN
Oleh. Basron Kirwan
Pahang. Pengagihan zakat, program berbuka puasa seharusnya dilakukan oleh golongan yang bertauliah dengan keagamaan dan bukan berbuka di Kuil seperti apa yang berlaku baru baru ini, zakat harus diberi menerusi serendah rendahnya Amil bertauliah dan bukan dikalangan bergelar menteri bukan beragama Islam serupa juga berbuka puasa di Kuil dimana selepas berbuka puasa adakah boleh bersholat terus didalam lingkungan Kuil jelas Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman bagi mengulas beberapa isu hangat baru baru ini.
Dalam kejadian baru baru ini pengagihan zakat dikalangan bukan Islam pimpinan Dap menggempar negara ditambah pula berbuka puasa dalam Kuil membuatkan Sultan Johor murka namun ditepis beberapa menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan Rakyat sehingga Mufti Pahang memberi jawapan tegas.
Diharap agama Islam tidak lagi menjadi bahan percaturan pihak tertentu sehingga menjadi kemurkaan pihak Sultan, semua program melibatkan Islam perlu dirujuk ke Jabatan Berkaitan Islam agar tidak dijadikan pertikaian golongan Islam dan bukan Islam ujar beberapa Ulama Islam yang ditemui.

DUA NEGARA SERENTAK RAYA
Oleh. Hujera Ben
Brunei dan Singapore dilaporkan serentak Aidilfitri 5 Jun 2019 menurut sumber pihak berkuasa agama negara tersebut, sehubungan dengan pengumuman rasmi ini empat negara nusantara serantau sah menyambut Aidilfitri yang sama tarikh satu sejarah luar biasa dan berbeda pada tahun tahun sebelumnya berdasarkan rekod rekod serantau dimasa lalu.