Oleh. Basron Kirwan dan Jusupi Anak Kurdi
Lahad Datu. Langkah memilih pasukan Angkatan Bersenjata DiRaja Malaysia yang ditugaskan seluruh kawasan pantai timur Sabah perlu dipilih dengan teliti agar mampu memperkasa perkhidmatan bagi membenteras kemasukan PATI terutama terkait kumpulan pengganas dari negara jiran berhampiran.
Cadangan bagi pemindahan Markas Angkatan Tentera DiRaja bagi negeri Sabah kepantai timur tidak ada kepeeluan masa kini sejajar dengan keupayaan tugas tugas Angkatan Tentera berpengalaman dinegara ini.
Kaedah utama bagi menbenteras kebanjiran warga asing khususnya PATI adalah memilih petugas khas yang berkhidmat seluruh pantai timur Sabah agar tidak ada ruang semua talibarut penceroboh membawa kumpulan pengganas memasuki negeri Sabah.
Menurut pandangan penduduk asli Sabah, kepentingan yang diutamakan adalah pemantauan berterusan sepanjang masa diseluruh kawasan pantai timur Sabah agar tidak ada ruang kumpulan pengganas memasuki negeri ini, sebesar mana pun markas tentera dibangunkan jika masih wujud tali barut pengganas yang menduduki pantai timur tidak mampu menghalang pengganas memasuki kawasan tersebut didalam jangkamasa panjang ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan