Oleh. Jusupi Anak Kurdi
Kalabakan. Penduduk sepanjang Tawau Kalabakan menuju ke Nabawan mengeluh dengan kedudukan jalan raya mereka yang teruk sangat walaupun sudah genap 60 tahun Sabah merdeka dalam Malaysia.
Mereka juga tidak tahu kemana lagi hendak mengadu dengan jalan raya kegunaan harian mereka selepas 60 tahun masih berlumpur dan tidak dibaiki sebaik mungkin entah kemana pihak yang bertanggongjawab ujar penduduk setempat.
Jalan Raya Kalabakan juga merupakan laluan utama dari Tawau Nabawan sampai ke Keningau dikalangan peniaga peniaga yang bergerak setiap hari kekawasan tersebut sebelum tembus ke Kota Kinabalu bagi menjalankan urusniaga mereka.
Majoriti penduduk mukim Kalabakan adalah warga asli Sabah namun entah mengapa selama 60 tahun tidak banyak perubahan sepanjang jalan raya tersebut demi kemudahan penting seluruh warga Kalabakan jelas penduduk setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan