HOTEL DILORONG KEDAI ?
Akibat kos sewa rumah dikota tinggi ramai bergaji kecil menjadikan tepi kedai tempat melelapkan mata diwaktu senja.
Apakah nasib warga ini dalam jangkamasa panjang tanpa kediaman semasa berkerja di kota besar?, mungkin kah golongan ini akan hidup seumpama sehingga mereka berhenti kerja dikota kota besar hanya mereka empunya diri yang merasakan nya.
Pemimpin yang menjadi wakil rakyat Adun dan Parlimen setempat pekerjaan golongan ini wajar turun padang melihat dan mencari penyelasaian masaalah mereka demi masa hadapan yang sempurna. Oleh. Basron Kirwan
Papan tanda jaga kebersihan dan plastik Sampah telah disediakan namun masih ada yang sengaja mengingkari nya membuang sampah merata rata.
Kata orang manusia tak sama hati ada yang baik dan ada yang suka menimbulkan kemarahan orang sekeliling, cuba gunakan akal fikiran betapa cantiknya persekitaran sekeliling jika dijaga kebersihan bersama sepanjang masa. Oleh. Jaitos Dumiri
Kepantasan pihak berkuasa bertindak berjaya mencekup beberapa Pengemis Jalanan warga asing teknik serupa membawa anak kecil minta simpati dipercayai dari Manymar, segala helah pengemis ini tidak mampu memujuk pihak berkuasa melepaskan mereka yang kerap kali melakukan perbuatan seumpama sebagai kerja muda memperolehi kewangan.
Kepantasan pihak berkuasa ini perlu dicontohi diseluruh negara agar tidak ada ruang pengemis ini mendapatkan wang didalam negara ini berleluasa tanpa titik hentinya.
Masyarakat sekeliling juga harus memberi kerjasama dengan tidak memberi layanan golongan pengemis warga asing demi nama baik seluruh Malaysia dimata para pelancong asing sepanjang masa. Oleh. Gifkir Aming
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan