Oleh. Huzera Ben
Kabul. Pesawat C.17 telah meninggalkan lapangan terbang Hamid Karzai jam 3.20 minit petang waktu tempatan yang merupakan pesawat Amerika Syarikat akhir meninggalkan negara bergolak berkenaan.
Menurut Ketua Jenderal Frank MC Kenzie Komandon Pusat Komando Amerika Syarikat, perjuangan tentera Amerika Syarikat yang panjang diluar negara telah ditamatkan bagi kawasan negara bergolak tersebut dengan membawa semua rakyatnya balik ke negara mereka demi keselamatan yang tidak menentu setelah Taliban menguasai beberapa kawasan dalam negara berkenaan.
Sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak Taliban berhubung pelbagai kebimbangan negara negara serantau dengan kemelut negara berkenaan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan