Khamis, 6 Februari 2020

7 Febuari 2020
MOHON SIASATAN PENUH SEMUA VEDIO KENYATAAN AKJAN ALI MOHAMAD
Oleh. Gifkir Aming
Keningau. Seluruh penyokong ADUN Bingkor dan ahli beberapa NGO kawasan Bingkor amnya Parlimen Keningau turun padang membuat repot Polis semua kenyataan VEDIO AKJAN ALI MOHAMAD bukan sahaja mengaku Sultan Sulu malah lebih mirip mahu mempertahankan Pendatang Asing Tanpa Izin supaya diberikan PSS sehingga sanggup menghina orang asal asli Sabah, kumpulan hari ini lebih yakin seluruh daerah orang asal asli Sabah bakal membuat laporan Polis sama seperti yang dibuat lebih 150 orang di Balai Polis Keramunsing  pada 5 Febuari 2020 beberapa hari lalu dengan harapan laporan seumpama diberi tindakan tegas oleh Bukit Aman demi maruah pemimpin kerajaan Malaysia terutama Majlis Raja Raja Malaysia yang teguh dan utuh namun ada yang tinggal di Sabah mengaku Sultan Sulu ujar mereka hari ini.
PATI di Sabah sewajarnya tidak lagi layak diberi  PSS memandangkan mereka boleh duduk senang sudah DI MINDANAO DAN KEPULAUAN SULU ujar pembantah di Balai Polis Keningau.
Orang asal asli Sabah minta Pihak kerajaan Malaysia mengarahkan seluruh pihsk berkuasa dalam negara memburu semua PATI agar dapat diserah kepada pihak berkuasa negara asal mereka secepat yang boleh tegas mereka.
Turut serta dalam gambar himpunan REPOT POLIS KENINGAU ialah YB. Robert Tawik ADUN Bingkor, YB. Datuk Elron Alfred Angin ADUN Sook dan Mr. Simon Unang AJK STAR Bahagian Malalap diapit pelbagai ahli NGO seluruh Keningau dan Melalap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan