ANAK SARAWAK DIAJAK PERTAHAN NEGERI
Oleh. Williem Anak Lagau
Sarawak. Seluruh warga anak negeri Sarawak diajak bersatu mempertahankan negeri mereka melalui gandingan Gabungan Parti Sarawak bermula dari sekarang sehingga pilihan raya ke 12 akan datang dan bersatu mempertahankan negeri dari politik luar yang hanya cuba mendapat kuasa kerajaan negeri selepas pilihan raya akan datang, saranan ini dikeluarkan oleh Pehien Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Ketua Menteri Sarawak masa kini sebagai langkah menyatupadukan rakyat Sarawak mengecapi pembangunan dan peluang peluang menambah sumber ekonomi dalam negeri seadanya tanpa diambil oleh orang luar yang sedang berusaha meraih sokongan rakyat Sarawak bagi memperolehi kuasa menjadi kerajaan negeri jika rakyat Sarawak tidak bersatu jelasnya.
Sejak kerajaan BN Malaysia tewas ditangan Pakatan Harapan pada pilihan raya ke 14 pada 2018 beberapa individu berusaha menubuh parti baru disamping memasuk parti Bersatu dan Amanah ke Sarawak dengan azam mahu meraih sokongan menjadi kerajaan negeri yang baru dibumi kenyalang.
Sebaliknya Media Terkini Bumi Kebyalang dinaklumkan rakyat jelata negeri tersebut bukan senang kesatuan rakyat anak Sarawak dipecah pecahkan semata mata mahu menukar kerajaan Sarawak sejati pimpinan Gabungan Bersatu Sarawak tegas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan