Sabah. Dalam konteks arus kemodenan urusan cari makan ini terus mendapat sokongan penuh dalam negeri ini, malah dilaporkan pencari makan dengan meminta sedekah lebih banyak serta mewah berbanding pekerja buruh atau kilang dan kedai runcit.
Bayangkan tiap hari warga Sabah melihat warga peminta wang sedekah dengan sihat dan bergerak laju namun masih juga mereka memberikan setiap hari antara RM2.00 hingga RM5.00 seorang.
Bayangkan seorang peminta sedekah bergerak ini mampu menemui 100 orang dalam sehari berapa jumlah wang mereka perolehi, sebaluknya tidak ada seorang pun warga yang mengkaji kes seumpama apa tak lagi warga yang kerap membantu golongan terlibat entah dari mana dan siapa mereka.
Ramai juga warga negeri ini yang cuba diminta mengulas peminta sedekah terlibat namun tidak ada yang memberi kerjasama malah kru akbar ini pula ditanya siapa dan mengapa, ada juga orang Sabah yang tidak senang bila ditanya berhubung kebanjirab ramai ini yang meminta sedekah beramai ramai wanita dan lelaki termasuk lah mereka yang membawa kanak kanak kecil.
Kumpulan peminta sedekah ini juga gagal bertutur didalam bahasa Melayu entah mereka berasal dari mana tidak ada sumber yang sahih suku etnik dan asal usul mereka, namun bukan kepalang simpati orang ramai keatas golongan terlibat walau setiap hari muncul didepan mata mereka terus juga dihulur wang ringgit dari pelbagai kaum dan agama.
Kebanyakan yang memberi wang pada peminta sedekah ini adalah golongan wargakota dikalangan berusia 56 tahun dan kebawah tanpa sedikit pun rasa curiga golongan terlibat, namun sebagai masyarakat prihatin segala yang berlaku wajar disedari semua warga Sabah agar tidak memberi sokongan segala perilaku meminta sedekah tiap masa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang