Sabtu, 23 Ogos 2025

PENDUDUK GAZA DITONTON KELAPARAN TERUK

Oleh. Huzera Ben dan Danny Rew 

Gaza. Warga dunia hari ini terus menonton derita  warga Pal

estin yang mendepani kebuluran akibat pencerobohan zionis Israel di Gaza.   

     Bayangkan lah semua bantuan makanan dan perubatan yang disalurkan ke Gaza terus disekat zionis Israel yang memburu pejuang Hamas namun rakyat awam Palestin yang mati kelaparan, zionis Israel dilaporkan terus hilang radar bagi mencari dimana keberadaan Pejuang Hamas dan AlQassam bila Israel sudah berada dibumi Gaza entah bagaimana mereka hilang kesan jejak terhadap pejuang Hamas dan sekutunya.

        Bagi rakyat jelata Israel di TelAviv mereka terus berarak tunjuk perasaan bagi mendesak Israel keluar dari bumi Gaza demi kebebasan rakyat Palestin dan pembebasan tawanan pejuang Hamas, namun berikutan dengan keangkuhan bala tentera zionis Israel yang menceroboh Gaza sasaran utama mereka dilaporkan adalah orang awam warga Palestin yang kebuluran tanpa makanan akibat disekat masuk oleh mereka.

        Dalam kekejaman zionis Israel terhadap Gaza sehingga ramai terbunuh dalam serangan senjata api serta kebuluran warga dunia terus menonton penderitaan mereka tanpa ada yang berupaya menghentikan tindakan Israel, malah sebilangan penduduk Israel sangat berani berhimpun membantah Benjamin Netanyahu yang mengetuai pencerobohan Gaza dibumi Israel sendiri namun tidak dihiraukan oleh Perdana Menteri mereka sendiri.

         Satu persoalan golongan penduduk Palestin mengapa kepumpinan dunia tidak ada yang mampu memberi halangan segala tindakan kejam oleh zionis Israel sehingga kehari ini, tekad zionis Israel mahu memburu para pejuang Hamas dan pejuang AlQassam sama sekai tidak kelihatan bila mana golongan terbunuh dalam serangan dilaporkan majoriti penduduk awam Palestin di Gaza.

       Menurut penduduk Palestin di Gaza mereka langsung tidak tahu dimana para pejuang bersembunyi namun tentera Israel terus memusnahkan kediaman mereka termasuklah menembak rakyat berbaris menunggu bantuan pengagihan makanan, namun semua tindakan zionis Israel dibumi Gaza setakat menjadi laungan kemarahan para pemimpin dunia golongan negara negara maju setiap hari disambut serangan pembunuhan bersenjata zionis Israel tidak mengira kanak kanak dan wanita tegas mereka. 

      Sehingga masa kini Gaza masih diserang Zionis Israel tanpa henti sehingga rumah rumah penduduk Palestin di Gaza musnah malah para khemah khemah perlindungan juga dibedil tentera zionis Israrel, sampai bila kah perbuatan Israel ini mampu dihentikan dan berjaya kah Israel melumpuhkan Pejuang Hamas dan AlQassam sampai akhir pemusnahan dibumi Gaza atau pejuang akan bangkit lebih kuat lagi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan