Jumaat, 29 Ogos 2025

ISRAEL BAGAI NAK KUASAI NEGARA KELILING

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben 

Jordan. Kerakusan kuasa zionis Israel bagi

memerangi beberapa negara didalam kelompok persekitaran liga Arab sangat menggerunkan di
kalangan warga setempat. 

Zionis Israel juga tidak lagi menghiraukan rakyat mereka sendiri sampai beribu orang tunjuk perarakan cara aman mendesak membebaskan negara negara Islam berhampiran, tindakan Israel menyerang dan menceroboh Gaza, Yaman dan Iran hanya menambah ketegangan kawasan serantau dan menyeksa segenap orang awam yang tidak bersalah namun menanggong kebulur tanpa makanan.

      Kes seumpama terus menjadi tontonan dunia maju  mahupun para negara membangun saban hari melihat segala peperangan serangan zionis Israel, laungan dan bantahan para pemimpin dunia setiap hari tidak langsung menggugat pencerobohan Israel dimana juga lokasi yang mereka serang tanpa henti. 

       Menurut misi Israel tujuan sebenar mereka menceroboh adalah memburu dan menawan pejuang Hamas, pejuang AlQassam, pejuang Houti dan pejuang Hizbollah, sebaliknya semua pejuang yang Israel sasarkan sukar mengesan keberadaan mereka berikutan bila diserang semua orang awam yang terbunuh tanpa kelibat pejuang yang menjadi buruan mereka. 

      Apapun serangan dan pencerobohan Israel kepada setiap pejuang terlibat dilaporkan bukan muda hendak menumpaskan mereka, orang awam Gaza, Yaman, Lubnan dan Iran yang bakal menjadi sasaran Israel terlebih dahulu tanpa perikemanusiaan demi mencapai sasaran pencerobohan walaupun orang orang yang mereka serang terbunuh atau cedera dibumi mereka sendiri jelas warga Yaman. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan