Sabah. Mampukah penggabungan parti tempatan dengan parti Malaya dalam PRN Sabah kali ini berdasarkan kepada pendedahan bahawa GRS mungkin berkerjasama dengan PH dalam pilihan raya negeri tahun ini.
Jika Gabungan Rakyat Sabah berpendirian mahu berkerjasama dengan Parti Pakatan Harapan adakah GRS sedia menerima BN sekutu PH?, ini persoalan yang penduduk Sabah wajar tahu bagaimana mereka membahagikan kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN kelak.
Menurut rumusan pemerhati politik Malaysia, jika PH mahu bertanding 26 kerusi Dun Sabah, BN pula mahu 25 Kerusi apakah GRS boleh menerima hanya 22 kerusi Dun bagi gabungan mereka dikalangan parti parti Sabahan.
Mungkin persoalan ini rakyat Sabah tidak terfikir dalam hasrat GRS mahu kerjasama dengan PH dan BN bagi mendepani pilihan raya negeri selewatnya bulan November 2025, malah dalam konteks ini GRS mempunyai 8 parti tempatan dalam gabungan mereka bagi menghadapi parti lawan PN, PKDM, WARISAN dan beberapa parti parti kecil tenpatan Sabahan kelak.
Semua rakyat Sabah memerlukan sikap keterbukaan antara parti parti Sabahan mahupun parti yang berpusat di Malaya amnya agar bersedia keluar mengundi kelak, tidak ada pilihan rakyat berdaftar pengundi dinegeri Sabah jika GRS meneruskan agenda kerjasama mereka dengan PH dan BN amnya dalam pilihan raya negeri akan datang.
Bagaimanakah percaturan PKDM dan Parti WARISAN yang dilaporkan bakal bertanding solo bagi setiap kerusi Dun Sabah pada PRN ke 17 kelak, adakah pengundi Sabah akan menyokong mereka jika GRS akan berkerjasama dengan PH dan BN dengan ramalan 26 PH, 25 BN dan 22 GRS kelak.
Semua paparan ini sekadar ramalan dikalangan pemerhati parti politik Malaysia sebagai pertembungan semua parti parti politik yang bertanding pada PRN ke 17 kelak, turut serta dalam PRN ke 17 dinegeri Sabah adalah gabungan Perikatan Nasional seperti Gerakan, Pas dan Bersatu disamping Parti Pejuang jika mereka turut serta pada PRN Sabah ke 17 kelak.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan