Sabah. Pas yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri Sabah tahun ini bakal menggunakan logo Perikatan Nasional sebagai keseragaman gabungan mereka.
Ini dilaporkan oleh kepimpinan Pas Kelantan beberapa hari yang lepas sebagai persediaan mereka agar penyokong mereka lebih mengetahui dari awal dinegeri ini, tidak ada sumber terperinci senarai Dun yang parti Pas hendak tandingi namun menyasarkan tidak kurang dari 6 kerusi khususnya kawasan ramai pengundi Islam.
Menurut sumber Pas Sabah telah lama bergerak mendampingi rakyat bersama pelbagai NGO demi menyantuni warga pelbagai kaum dan agama bagi menyelami naluri rakyat jelata, tidak hairan lah kini mereka yakin dengan pendekatan mereka keatas rakyat Sabah mampu mendapat sokongan para pengundi dalam pilihan raya negeri Sabah dijangka September atau Oktober tahun ini.
Warga Sabah mendedahkan parti Pas Sabah mendapat sokongan beberapa badan NGO bagi mendampingi rakyat sebagai memantapkan keyakinan rakyat pada perjuangan mereka, mungkin kah PN Sabah memberi lebih banyak kerusi keatas Pas Sabah yang sudah lama bergerak mendampingi rakyat jelata atau sebaliknya terpulang lah kepada PN menentukan nya.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan