Sabtu, 28 Jun 2025

JANGAN LIBAT NAMA RAKYAT TUNJUK PERASAAN

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Anak Petani dan Nelayan Malaysia meminta badan NGO yang menganjurkan tunjuk perasaan jalanan supaya menyebutkan Ahli Ahli NGO mereka dalam menyampai me

nyampai mesej umum mereka, jangan sesekali mengguna nama Rakyat Malaysia berikutan lebih 30 juta rakyat Malaysia terlibat jika menggunakan jenama Rakyat Malaysia walaupun rakyat jelata Malaysia  tidak mencampurinya.

Majoriti Anak Nelayan dan Anak Petani lebih kepada berusaha mencari makan namun melihat pendedahan berita Rakyat Malaysia tunjuk perasaan aman sangat menyedihkan, semua penganjur tunjuk perasaan jalanan dinasihatkan rakyat Malaysia supaya menggunakan AHLI AHLI PERSATUAN MEREKA (sebut nama persatuan) tanpa menggunakan jenama Rakyat Malaysia ujar petani dan nelayan.

         Sejak kebelakangan ini banyak sudah penunjuk perasaan diseluruh negara menggunakan slogan Rakyat Malaysia sedangkan mereka hanya ahli ahli badan NGO sahaja, rakyat jelata Malaysia sehingga hari ini belum ada menganjurkan mana mana tunjuk perasaan jalanan cara aman sekalipun memandangkan cara terbaik adalah proses pilihan raya setiap 5 tahun.

        Menurut anak petani dan anak nelayan rakyat Malaysia memiliki Demokrasi setiap 5 tahun mengundi memilih pemimpin mereka siapa yang terbaik menjadi pemimpin, sebab itu lah rakyat Malaysia anak anak Petani dan Nelayan lebih menunggu proses pilihan raya berbanding bersorak berjalan kaki tanpa menghiraukan hasil tani dan hasil laut yang menghidupkan jelas mereka. 

       Anak Petani dan Nelayan tidak dapat membayangkan jika rakyat Malaysia keseluruhan nya menurut berarak dijalanan pasti nelayan dan pertanian lumpuh dan keluarga mereka mungkin kebulur tanpa nafkah kehidupan ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan