Ahad, 25 Mei 2025

MAMPUKAH HIMPUNAN MENUKAR KERAJAAN?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur.  Warga Malaysia hairan adakah tunjuk perasaan secara aman yang berlaku diseluruh negara mampu menukar kerajaan masa kini?.

     Sejak kebelakangan ini terlalu banyak menganjur himpunan cara aman dengan pelbagai tujuan masing  masing  bagi merealisasikan setiap perjuangan mereka didalam negara ini. 

      Himpunan aman ini masing masing dengan visi dan misi tersendiri bagi meluahkan pandangan sudut hati masing masing, sehingga ramai yang leka kerajaan hanya boleh dipilih menerusi proses pilihan raya setiap lima tahun tanpa mampu diputuskan dengan tunjuk perasaan.

       Proses pemilihan kerajaan Malaysia mahupun setiap kerajaan negeri hanya menerusi proses pilihan raya sahaja tanpa mengguna pakai tunjuk perasaan aman, mereka hanya boleh menang dalam pilihan raya jika berjuang mendekati segenap lapisan rakyat berdaftar sebagai pengundi demi mendapat undi yang besar pada pilihan raya negeri.

       Bagi warga yang hanya mengenali sebilangan kecil pengundi dalam kawasan Dun masing masing elok lah memulakan langkah kanan masa kini menemui rakyat jelata, jangan sudah bubar Dun Setiap negeri baru lah keluar menemui rakyat jelata bagi meraih simpati undi rakyat jelata yang telah bersama dengan parti parti yang hendak bertanding.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

        
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan