Ahad, 2 Mac 2025

BROKER POLITIK MULA BERGERAK

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu. Sejak beberapa minggu lalu dilaporkan beberapa kumpulan BROKER POLITIK bergerak bagi berkempen untuk ahli ahli parti melobi menjadi pemimpin bahagian dan calon pilihan raya negeri akan datang.

      Broker politik dengan kumpulan mereka begitu berani tanpa melihat kiri kanan siapapun mendengarnya konon nya memiliki sahabat bertugas akbar tempatan Sabahan, malah kumpulan terlibat gagal mengesan kru akbar yang berpusat di Kuala Lumpur walaupun bersebelahan meja dengan restoran yang mereka duduki rancak berbicara.

         Mungkinkah Dun Inanam antara sasaran utama broker politik mahu mempromosi pemimpin bahagian dan diusul sebagai calon dalam pilihan raya negeri penghujung tahun 2025, atau mereka memiliki rangkaian diseluruh 73 kerusi Dun negeri Sabah sebagai menjalankan peranan mahu menguasai dan memenangi kerusi Dun yang mereka impikan bersama group yang dicanangkan.

       Sabah juga dilapor terlalu banyak parti politik tempatan sebagai pilihan penduduk Sabah menjadi tampuk kerajaan negeri mereka pada setiap kali pilihan raya, namun terlalu sukar direalisasikan berikutan ramai pemimpin parti mereka (tempatan) dilaporkan memilih orang yang rapat pada mereka sahaja menjadi orang kanan mereka. 

       Atas kes seumpama maka wujud lah para BROKER PARTI POLITIK bagi menukar para pemimpin bahagian yang tidak terus dan memilih bulu tertentu untuk didampingi, malah kekuatan pengaruh Broker Parti Politik dengan kumpulan mereka mampu menewaskan para pemimpin bahagian pada setiap mengadakan pemilihan pada peringkat Bahagian tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan